Friday, October 31, 2008

Menanti Sinar Hidayah..





"salah seorang penduduk yang mengalami mslh penyakit kulit"


"Bersama semua peserta dan bekalan yang dibawa"


"bersama Dr Nazlin dan ketua penduduk disana"

24 Oktober 2008,Alhamdulillah PSP dibawah exco MMA mengadakan kerjasama dengan MMA bahgian kelantan menghabiskan masa sehari suntuk mengadakan khidmat masyarakat di Kuala Koh,Gua Musang Kelantan,sebuah perkampungan orang asli yang masih belum menerima tempias kemajuan pembanggunan negara.Pada awalnya terasa berat untuk kesana mengingatkan masih terlalu banyk kerja2 yang bakal tertangguh di kampus, namun disebabkan tiada pengganti,,terpaksa pergi dengan hati yang ‘paksa rela’..hm..insyAllah..ada hikmahnya..
Kami berlima,saya sndiri sendiri,haizam(medic4),Faiz(medic 4),Shazana(Medic2) dan Zaleha (Medic 3) mewakili PSP dijemput untuk berkerjasama dengan Lion Club dan MMA untuk satu program khidmat masyarakat bersama orang asli.Program ini merupakan acara rutin malah hampir setiap tahun bagi Lion Club.Sebuah kelab yang majoriti terdiri dari kaum cina, memberi sumbangan2 kebajikan kepada golongan- golongan kurang berada.Mereka mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, malah juga mempunyai cawangan-cawangan pelapis di sekolah2 menengah harian cina.Keahlian nya terdiri dari golongan-golongan korporat dan professional..

Seramai hampir 30 orang menyertai program ini,majoritinya merupakan ahli Lion Club,kami berlima dari PSP dan 2 lagi doctor MMA yang juga merupakan doctor dari Hospital Perdana Kota Bharu.Perjalanan bermula jam 7.30 pagi dari rumah presiden Lion Club,En Tony.Hampir kira-kira 3 jam 30 minit perjalanan kami tiba ke destinasi.Pelbagai barangan dibawa untuk disumbangkan pihak Lion Club, pakaian,bekalan makanan, rokok,sumber api dan ubat-ubatan.Kami berlima bersama dua doctor MMA iaitu Dr Nazlin dan suami hanya focus kepada pemeriksaan kesihatan.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Pelbagai masalah kesihatan dapat dipelajari termasuk yang tak pernah kami jumpa di HUSM..

Seharian bersama rakan2 baru di Lion Club,ku mengkagumi kesatuan mereka..kesungguhan mereka dalam kerja-kerja amal kebajikan,keikhlasan mereka mmbantu.Persoalan timbul dibenak fikiran ,kenapa golongan ini yang tidak tahu akan janji2 dan balasan di akhirat kelak mampu mempraktikkan segala nilai islam ..namun berapa ramai golongan islam yang tahu akan janji Allah dengan keindahan2 syurga kelak masih tidak punya kesedaran melakukan kerja2 sebegini..

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah masyarakat asli ini menerima segala sumbangan material yng diberikan..hm..mungkin dilihat dari sudut keperluan jasmani,ia cukup..tp masih belum cukup memenuhi‘keperluan’ sebenar seorang insan..mereka masih menanti sinar hidayah..sinar agama yg sejahtera..sinar sebuah akidah..Merekakah yang tidak mencari atau kitakah yang lalai dalam menjalankan kerja2 dakwah terhadap golongan yang masih menanti sinar islam ini...
Jam 4 ptang kami berangkat pulang ke kubang kerian..jauh di sudut hati,kepuasan dapat kurasakan dapat mengenali mereka disini.mendalami erti kehidupan mereka yang serba kekurangan...namun juga kesedihan dan terkilan kerana terpasa meninggalkan mereka dengn satu penantian hidayah yg belum tiba..Ku doakan kalian termasuk dlam golongan yang beroleh hidayahNya..
31 Oktober 2008










Wednesday, October 29, 2008

Taklifan..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Ia satu amanah..satu taklifan...satu tanggungjawab..berat bahu memikul..sebelah kaki berada di neraka..nauzubillah..
Nyata,ia bukan kebanggaan jauh sekali satu kebesaran..
Kuatlah wahai diri..
FirmanNya..
“Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan
perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan
sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama
suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orangorang
muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi ~aksi atas
segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kama pada tali Allah.
Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong "
-kebajikan terjaga,akademik terpelihara- insyaAllah..
30 Oktober 2008

Cambodia..Satu Perjalanan Penuh Makna..siri1


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Walaupun sudah hampir setahun lepas menjalankan program elektif ini iaitu salah satu kewajipan bagi semua medical student di USM untuk menjalankan nya, namun segala kenangan yang berjaya dikutip sepanjang perjalanan ke Kemboja masih segar dalam kenangan.Alhamdulillah,walau di permulaan projek banyak asam garamnya,kami berjaya juga menghabiskannya selama seminggu di sana dengan 1001 pengajara,kisah teladan dan hikayat sebuah kehidupan insan..nyata..pilihan kami menjalankan elektif di negara asing ini tidak sia2..

Day1:

Last day exam,dan malam tu juga kami bertolak dari USMKK terus ke KL,sepanjang perjalanan semua kepenatan,kepenatan baru habis exam dan bersihkan bilik..polisi asrama usm,setiap tahun tukar bilik dan blok..memang memenatkan.Kami tiba di KL jam 9 pagi..berehat, dan setelkan masalah kewangan yang timbul,tetiba wang kami

tak boleh nak dikeluarkan dari bank disebabkan alasan2 protokol tertentu..alhamdulillah segalanya selesai..mungkin ini cabaran,ujian sejauh mana kami tekad meneruskan perjalanan ini setelah beberapa cabaran lain sepanjang fasa persediaan sebelum ni..
Segalanya berjalan lancar..kira2 jam 4 petang kami menaiki flight dari Malaysia terus ke kemboja…sangat excited,1st time ke Negara orang..besar harapan dihati bakal mempelajari sesuatu sepanjang berada di sana..moga perjalanan ini tidak sia-sia..

"satu-satunya restoran halal ditengah2 bandar Phnom Penh"

Dari airport,kami terus dibawa ke sebuah hotel warga Malaysia, baik hiasan dalaman mahupun makanan dan uniform pekerja, keseluruhannya menampilkan suasana Malaysia.Bangga pun ada, ada jugak warga Malaysia,Muslim yang bijak mencari peluang menjana kewangan di tengah2 kota Phnom Penh,walau dikelilingi rata2 masyarakat bukan islam dan bukan sebangsa..wajar dicontohi.. Sepanjang perjalanan ke hotel,walau kepenatan..namun persekitaran kemboja yang cukup lain dengan negara sendiri menghilangkan penat..jalan raya yang tiada lampu isyarat,tiada garisan putih pembahagi jalan, kemalangan yang ibarat pemandangan biasa sepanjang perjalanan,kenderaan awam yang 'unik' dan pelbagai lagi membuatkan aku kagum dengan lumrah alam ciptaanNya..
Malam pertama berada disana kami di bawa ke sebuah restoran halal, dimiliki warga tempatan yang beragama islam..pertama kali menjamah hidangan rutin kemboja..secara jujur memang tak berapa berselera..hm..terpaksa menahan kelaparan..

Day2:

The journey begin..Kira-kira jam 8 pagi,kami berkumpul, mendengar taklimat perjalanan dari Dr Din Suhaimi,dr dari jabatan ORL di HUSM selaku ketua perjalanan..
Tiba di destinasi pertama, sebuah kampung terpencil..terletak jauh di perdalaman,kira-kira 3-4 jam perjalanan dri Phnom Penh..kami disambut oleh pnduduk kampung dari segenap usia.Hanya Tuhan yang tahu betapa gembira ku rasakan..bertemu dengan saudara seagama yang dipisahkan oleh jarak,namun dek kerana
diikat dengan satu ikatan akidah, terasa kemanisan sebuah ukhuwah..
Kehidupan mereka jauh sangat ketinggalan dibandingkan muslim di Malaysia..bermula dari kemudahan infrastruktur yang serba kekurangan,kemudahan perhubungan, pendidikan dan kesihatan..bersyukurlah wahai diri..




Disini kami memulakan misi..saat yang dinantikan..ingin ku sumbangkan sesuatu..2 projek dijalankan serentak, proses berkhatan kanak2 lelaki dan pemeriksaan kesihatan percuma..Alhamdulillah tiada masalah sepanjang perlaksanaan projek,Cuma masalah utama untuk berkomunikasi..rata-rata masyarakat disini tidak memahami English..jauh lagi bahasa Melayu..Sedikit terkilan kurasakan kerana tak mampu nak mendalami masalah yang ingin mereka ceritakan..ibarat perbualan itik dan ayam..namun dari riak muka dan kesungguhan mereka bercerita,aku faham ada sesuatu yang sangat mereka harapkan dari kami...Syukur kami diajar beberapa perkataan kemboja..Thanx to our tourist guide yang terdiri dari doktor2 tempatan disana, juga kepada medical students dari Univercity of health science,Cambodia. ..terpaksa menjadi pakar penterjemah sepanjang kami di Kemboja..
bersambung..


30 Oktober 2008

Thursday, October 23, 2008

Kata-kata Srikandi...Zainab Al-Ghazali terhadap suami..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Zainab Al Ghazali:Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?
Suami:Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).
Zainab Al Ghazali:Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu. Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.
Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu.
Lalu kau berkata, “ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.
Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.
Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?
Suami: Ya.
Zainab Al Ghazali: Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung.


Kentalnya semangat juang seorang syuhada'...

23 0ktober 2008

Tuesday, October 21, 2008

Hiburan..

video

video
Bezanya hasil karya tempatan dan karya Indonesia..

Aku sukakan hiburan...
Hiburan yang bermanfaat.
Yang tidak menjarakkan dengan Cinta Utamaku..
Malah makin merapatkan aku denganNya..
Hiburan yang memberiku rasa keinsafan..kedamaian..dan ketenangan seorang hamba..
Hiburan tiada salahnya..
Bak kata raihan..
“berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah…”
Fitrah manusia,sukakan keindahan..
Gemarkan sesuatu yang mengembirakan..
yang mampu mengurangkan keserabutan diminda..
Yang bisa membuatkan kita lupa pada masalah sejenak..


Aku juga bencikan hiburan..
Hiburan yang melalaikan..
Yang membuat hatiku rasa jauh dengan Kekasihku..
Hiburan yang menunjukkan betapa mentaliti kaumku rendah..
Yang menunjukkan betapa bangsaku hilang budaya kemelayuan..
Budaya kesopanan,ketatasusilaan..dan jati diri tergadai..
Hiburan yang membawa persepsi negatif pada agamaku...

Aku risau..
Pada anak bangsaku..saudara seagamaku..risau mereka terus lalai..
Sejarah telah membuktikan bangsa yang lena didodoikan dengan hiburan dunia..
akan menjadi lalai dan alpa..
hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah...
Lihat saja sejarah keruntuhan Abbasiah,Uthmaniah,dan kesultanan Melaka ..
Pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara...
sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh...
Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat ini...
mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat..

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Q.s. Al-An’am: 32).

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”
(Q.s. Al-Qiamah: 20-21).
Ya Allah..selamatkan saudara2 seagamaku…dari terus terjajah..dari budaya hedonisme ciptaan barat…

17 oktober 2008

Saturday, October 18, 2008

A Stress Management Programme

Image Hosted by ImageShack.us


Alhamdulillah,buat pertama kalinya pihak PSP di bawah tugas exco kebajikan bakal menganjurkan Hari Interaksi Pelajar.Program yang bakal berlangsung 2 hari ini merupakan satu program yang berobjektifkan untuk membantu mahasiswa khususnya dibidang perubatan cara berkesan mengatasi stress.Program yang turut mendapat kerjasama dari PPIP dan jabatan psychiatric HUSM ini diharap sedikit sebanyak mampu mengurangkan masalah tekanan yang kian serius dikalangan warga kampus baik dari fasa1,2 mahupun 3.Diharap program yang julung2 kali diadakan ini mendapat sambutan dari seluruh ahli PSP.
Walaubagaimanapun suka utk diingatkan..dalam satu firman.."Hanya dengan mengingati Allah, Hati-hati akan menjadi tenang.." perbanyakkan zikrullah,dekatkan diri terhadapNya,teguhkan keyakinan pada pertolonganNya..sesungguhya itulah ubat kepada segala kerunsingan hati yang utama.. wallahualam..

17 Oktober 2008

Thursday, October 9, 2008

Kemudahan Perkhidmatan Printer PPSP

Bismillahirrahmanirrahim..

Berkesempatan bertemu En Azman di bahagian makmal informatik PPSP bagi mendapatkan komputer baru untuk bilik persatuan, saya mengambil peluang untuk membincangkan berkaitan kemudahan printer untuk pelajar yang suatu masa dahulu ditarik balik kerana mana2 jabatan dilarang memungut sebarang bentuk kewangan daripada student..Sejak itu,tiada sumber kemudahan printer disediakan kepada pelajar2 PSP melainkan sendirian berhad atau kedai che' Din yang mana bayarannya agak mahal..

Daripada diskusi tersebut,En Azman menjelaskan bahawa pihak mereka sedang berusaha untuk memperbaiki tahap perkhidmatan kepada pelajar..2 cadangan akan merekan kemukan kepada pihak pengurusan PPSP.1) Makmal akan mendapatkan mesin printer dan fotostat yang mana pelajar hanya menggunakan prepaid card bagi menggunakan perkhidmatan tersebut dan yang kedua, makmal akan menyediakan printer laser dimana bayaran sepenuhnya ditanggung oleh pihak pusat pengajian..Namun semua ini masih dalam usaha dan mengambil masa untuk penelitian dan kelulusan pihak pengurusan pusat pengajian.Insyaallah pihak persatuan akan terus berusaha agar hal ini mendapat tindakan secepat mungkin dari pihak atasan...Wallahuallam..

9 oktober 2008