Saturday, February 27, 2010

Arah Tuju Sebuah Cinta


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

“Pernikahan itu harus ada visi dan misi yang dikongsi bersama,” Kang Abik memulakan bicaranya.Program menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan institusi sekitar negeri Perak

“Al-Quran itu sendiri sudah memaparkan empat jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi,” aktivis juga novelis luar biasa dari tetangga Indonesia itu melanjutkan penerangannya.

Saya sendiri pantas menyambar pena untuk mencatat. Tidak mahu terlepas walaupun sedikit mutiara kata Ustadz Habiburrahman el-Shirazi, tatkala digandingkan bersama saya selaku panelis Forum Baitul Muslim yang diselenggarakan oleh moderator yang juga merupakan sahabat saya, Dr. Raja Ahmad Iskandar, pensyarah di UTP.

NUH DAN LUT

Mereka berdua adalah insan yang soleh. Rasul utusan Allah, ‘alayhim al-solaat wa al-salaam.

Tetapi Allah menguji mereka dengan beristerikan wanita yang durhaka kepada Tuhan. Begitu juga dengan sang anak. Si suami menyeru manusia kepada Iman manakala isteri pula bermati-matian mempertahankan kekufuran. Rumahtangga dan cinta antara mereka musnah oleh visi dan misi yang bertentangan. Satu memanggil ke Syurga dan satu lagi menyeru ke Neraka.

ISTERI FIRAUN

Sama ceritanya dengan isteri Firaun.

Seorang wanita yang beriman, bersuamikan manusia paling kufur kepada Allah. Gila kuasanya, bukan setakat mahu menduduki takhta kepimpinan malah mendakwa diri Tuhan. Cinta dan rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan pada sempadan iman dan kufur. Seorang tabah mempertahankan iman, tatkala seorang lagi sanggup mati pada menjulang kekufuran hingga tenggelam dalam keingkaran.

Kedua-dua rumahtangga ini saling berantakan apabila cita-cita antara suami dan isteri berbeza. Berlainan pada visi dan misi mereka.

ABU LAHAB DAN UMMU JAMIL

Pasangan ini sehati sejiwa. Mereka berdansa seirama pada meraikan kekufuran mereka.

Suami sangat membenci kebenaran dan menolak kenabian. Isteri pula memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada menyokong apa yang diperjuangkan. Mereka sekepala, satu selera, satu cita-cita. Hidupnya hanya terhimpun pada satu erti. Mereka bercinta dalam perjuangan mendaulatkan Jahiliyyah dan kekufuran terhadap Tuhan.

Mereka ‘bahagia’.

Bahagia pada seiring dan sejalannya mereka menuju Neraka.

Nantikan nasib mereka di Sana!

RASULULLAH S.A.W DAN ISTERI

Itulah contoh teladan utama kita. Uswah Hasanah.

Tiada cacatan pada rumahtangga yang berjaya dan cemerlang itu bermula dengan berpacaran atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian. Apa yang ada, adalah Taaruf dan segala titik mula yang Maa’ruf. Apa yang dicatat adalah merealisasikan cinta pada mencintai kebenaran. Dalam kemiskinan, ketika ada harinya dapur rumahtangga itu ketiadaan makanan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda mengecap kebahagiaan.

Benar sekali… rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia, biar sampai ke Syurga.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Monday, February 22, 2010

Zuriat




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah dah masuk 5 hari menghabiskan 'district posting' di klinik kesihatan Besut..Pelbagai ragam pesakit dan pengalaman penuh harga diperolehi disini..setinggi kesyukuran dipanjatkan..
Sepanjang berposting disini, pelbagai kes atau masalah masyarakat ditemui..namun aku tertarik dengan kes2 berkaitan 'infertility' atau lebih dikenali 'masalah kesuburan'
Terfikir..masalah sebegini cukup membimbangkan atau memberi tekanan pada seseorang wanita yang telah berada di alam perkahwinan.." Dr..tlg saya..dah 10 tahun kahwin, tapi masih tak mengandung.." "Dr, dah macam2 cara saya usahakan, tapi tetap tak mengandung.." antara aduan2 yang pernah aku dengar..hmm..cukup kasihan..sukarnya mendapat zuriat..permata yang bakal menyambung perjuangan dan keturunan keluarga..

Berlainan pula suasana bila menyelak akhbar2 hari ini..penuh dengan masalah pembuangan bayi yang kian menjadi..seolah2 zuriat yang dianugerahkan tiada nilainya..terlalu mudah diperolehi..sudah lama negara sepi dari berita2 sebegini, tapi hari ini meriah kembali..pelbagai cara 'kreatif' dan 'menarik' dipraktikkan remaja hari ini sebagai 'ending' 'keseronokan' yang dilalui bersama pasangan..
tiada lagi nilai kemanusiaan, kasih sayang dan keimanan..

Tertarik dengan kata2 Puan Yusnani Abdul Hamid, Pengerusi Raudhatussakinah Selangor..pendekatan yang lebih pragmatik, serius dan holistik harus segera diambil andai sayangkan generasi Y ini..bermula dari individu, keluarga, masyarakat dan pihak pemerintah..usaha ke arah pencegahan dan rawatan perlu dijalankan serentak..
Malaysia..semoga pembanggunan sahsiah masyarakatnya lebih ditekankan seiring dengan pembanggunan infrastrukturnya..




Monday, February 15, 2010

My '14 February'..






Alhamdulillah, punya sedikit kesempatan untuk kembali mencoretkan sesuatu di ruangan yg kian lama ditinggalkan..
14 February 2010, berkesempatan menhadiri forum anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasamaKementerian Pembanggunan Wanita Negeri Kelantan.Forum Bicara Selebriti kali ini mengupas tajuk 'Peranan Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat'.Tajuk yang cukup bagus untuk dibincangkan secara ilmiah bagi saya memandangkan pada hari ini selebriti bukan hanya memainkan peranan sebagai penghibur di layar perak, malah mereka membawa pengaruh yang cukup besar dalam mempengaruhi seterusnya mencorakkan masyarakat terutama muda mudi yang masih mencari identiti diri.Forum ini menampilkan saudara Amin Idris sebagai moderator dan panelis2 hebat, Ustaz Habiburrahman, Wardina Safiyah dan Farah Adeeba.


Ustaz Habiburrahman, tokoh yang saya cukup kagum,mampu membawa islam dipersada hiburan dunia, beliau membuktikan dakwah islam itu tiada sempadannya.Pembacaan AlQuran secara sempurna dan lancar telah dijadikan syarat utama dalam pemilihan barisan pelakon filem blokbuster Ketika Cinta Bertasbih membuktikan keberanian dan keyakinan bahawa agama harus diutamakan dalam apa jua urusan..dan, ISLAM itu agama yang tidak menghalang malah sesuai dalam apa jua keadaan dan zaman.
Wardina dan Farah Adeeba, perkongsian pengalaman pahit manis sepanjang keterlibatan dalam dunia hiburan cukup bermakna.Hiruk pikuk dunia hiburan yang diceburi menyuburkan lagi benih tekad betapa peranan yang harus mereka mainkan dalam memberi kefahaman islam kepada masyarakat sangat besar.

p/s;teringat kembali bagaimana titik permulaan hijrah wardina terjadi apabila dia mula terfikir tujuan sebenar dan arah tuju hidupnya untuk 5 tahun akan datang saat itu..hmm..i'm start thinking, where am i, and who am i for the next 5 years...
Moga Allah sentiasa tetapkan langkah ini dalam perjuanganNya..