Powered By Blogger

Thursday, September 25, 2008

Berakhirnya Ramadhan..


Hanya tinggal 4 hari ramadhan bakal melabuhkan tirai..1 syawal mula menjengukkan wajah...

Syawal yang bakal tiba menandakan genap sebulan sudah kita menjalani latihan yang diprogramkan oleh Allah untk kita menjadi lebih bertakwa.."Wahai orang2 yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan pada umat sebelum kamu,supaya kamu bertaqwa."(al-Baqarah;183).. Ukuran sejauh mana kita berjaya menghayati latihan ini ditentukan dalam 11 bulan berikutnya..mampukan untuk terus istiqamah dengn amal ibadah sebagaimana dalam sebulan keberadaan kita di universiti tarbiyah ini..

1 syawal,ibarat hari konvokesyen..deanlist kah kita?atau sekadar cukup2 makan? hm..atau fail?? andai berada di tempat dealist..wajarlah untuk kita bergembira di lebaran ini..meraikan kemenangan..kemenangan kerana telah mendapat maghfirah dari yang maha Pencipta.. juga untuk bergembira..Bergembira kerana telah lulus ujian mujahadah.."celaka dan rugilah seseorang yang memasuki bulan ramadhan kemudian keluar sebelum mendapat keampunan dariNya.."-HR Tirmizi dan Bazzar..

Ramai yang menganggap 1 syawal sebagi hari untuk meraikan kejayaan ..kejayaan kerana berjaya melawan ujian hawa nafsu sepanjang ramadhan..Namun hakikatnya,ujian belum berakhir,ia baru bermula,.ujian yang bakal kita tempuhi bermula syawal dengn bekalan latihan sebulan yang dah kita garap, syawal ini merupakan 'turning point' untuk menjadikan kita terus merebut amalan2 baik sebagaimana telah kita jalani sebulan ini..berusaha lah untuk terus berjaya..mencapai kejayaan itu telah terbukti,namun untuk kekalkan kejayaan dan mnjadi lebih berjaya,itu yang lebih sukar..

Ingatan untuk diri,selagi ramadhan belum berakhir,,asahlah lagi keimanan,latihlah diri..muhasabahlah diri..usahlah aura 1 syawal sehinga melupakan kita pada 10 malam terakhir ramadhan ini..malam di mana terdapatnya lailatulqadar..

Hati teras sedih dengan berakhirnya ramadhan..betulkah diri ini benar2 telah memanfaatkan ramadhan kali ini? sudahkah aku mendapat keampunan dariNya?.. mampukah untuk ku praktikkan latihan sebulan ini utk bulan2 berikutnya? hm..masihkah ada kesempatan untuk ku temui ramadhan berikutnya?..

Ya Allah hanya redha dan maghfirahMu yang ku harapkan..
26 September 2008

Monday, September 22, 2008

21 September..penuh bermakna..


21 September berlalu..
Tanpa kesudahan yang diharapakan..
Kesudahan agar pihak atasan menerima usaha kea rah penubuhanan sebuah pertubahan..
pertubuhan membela nasib pelajar muslim..
Semalam merupakan titik pemulaan ..
Perjuangan ini tak harus dihentikan..
Aku belajar sesuatu..
Begitu sukar untuk membawa islam pada hari ini,
walaupun sudah berada dlm komuniti islam..hebat tentangan nya..
Bangga melihat sebuah kesatuan terbentuk dikalangan adik-adik yang memperjuangkan penubuhan ini..
Terharu melihat semangat juang dikalangan mujahid mujahidah ini dalam menegakkan syiar agama Allah..
Yakin islam bakal bersinar di tangan mereka..
Ya Allah,satu yang ku pinta..
Berkati mereka,tetapkan hati mereka untuk istiqamah,kurniakan mereka kekuatan..dan kasihi mereka..
p/s:untuk pengetahuan semua,kertas kerja penubuhan PMIUSMKK telah dihantar ke pihak atasan dan mengambil masa untuk mereka perhalusi,perkara ini juga telah dibincangkan secara langsung bersama NC dan TNC ketika lawatan mereka ke sini..yang tinggal hanya untuk follow up ...doakan agar segalanya dipermudahkan..
22 September 2008

Saturday, September 20, 2008

PMI-USMKK




Sebaik tiba di kampus dari sebuah perjalanan,mata tertarik dengan poster berkaitan penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam-USMKK.Sudah lama menanti isu ini diperkatakan kembali setelah gelombangnya reda buat seketika...Alhamdulillah masih ada insan2 yang tekad semangat juangnya memperjuangkan penubuhan persatuan penting ini..


Mungkin sesetengah pihak masih lagi mempersoalkan sejauh mana relevannya penubuhan persatuan islam ini sedangkan kewujudan persatuan2 lain seperti PSP,PSG atau PSK telah cukup bagi menjalankan aktivit2 keagamaan muslim.Namun andai difikir kembali,skop perjuangan persatuan2 akademik tersebut cukup berbeza.Skop perjuangan nya lebih luas melibatkan semua bangsa dan agama dan membabitkan akademik dan kebajikan.Justeru kita masih ketandusan sebuah pertubuhan yang benar2 melambangkan kesatuan muslim di sebuah kampus yang majoritinya muslim..


Dengan itu,ayuh sahabat2,bersama kita manifestasikan...21 September penentu sebuah perubahan..Ke arah order baru sebuah pertubuhan...
21 September 2008

Wednesday, September 17, 2008

Majlis Khatam Quran Muslimat


JOM PAKAT MERIAHKAN BERAMAI2..
JUGA DISAJIKAN DENGAN PENGISIAN "AKHLAK ALQURAN"OLEH USTZH AMIRAH,
SERTA PERSEMBAHAN KHAS..
CENDERAHATI DISEDIAKAN..

"KE ARAH MELAHIRKAN PROFESIONALIS MAHASISWI (PRO-M)":)

Disebalik Prgram Ziarah Pesakit


Bermula 9 September yang lalu,Exco kerohanian PSP telah menganjurkan satu program ziarah pesakit buat julung2 kali melibatkan pelajar2 dengan kerjasama pihak HUSM.Program yang bermula setiap 4.30 petang ini dimulakan dengan memberi peluang kepada pelajar2 perubatan untuk beramah mesra dan memberikan sedikit buah tangan buat pesakit2.Seterusnya diakhiri dengan solat asar berjemaah bersama pesakit2 di wad yang dilawati..


Program seumpama ini dilihat satu titik tolak yang mampu melahirkan graduasi USM yang berjiwa masyarakat juga berjiwa seorang da'ie.Namun amat menyedihkan sambutan yang diberikan rata2 hanya dari kalangan tahun 1 dan 2.Mungkin kurang dari segi promosi,namun ada faktor yang lebih penting menyumbang kepada kurangnya sambutan ini,iaitu kehidupan siswa yg rata2 berorientasikan akademik semata..tidak berminat dengan aktiviti amal andai tiada imbuhan merit..


Mahasiswa harus sedar bahawa kecemerlangan seseorang itu tidak dinilai dengan hanya bilangan A atau jam kredit yg diperolehi,namu apa yang lebih penting adalah sejauh mana golongan ini mampu menyesuaikan diri apabila tercampak dalam dunia realiti masyarakat..USM,sebuah universiti yang diangkat kepada universiti apex harus melahirkan graduan2 yang bukan hanya mampu memjadi seorang doktor perubatan biasa,malah seorng doktor berjiwa besar..Justeru,ayuhlah mahasiswa,proaktifkan diri kalian,ambil peluang ketika di alam kampus untuk melatih diri agar termasuk dalam salah seorang produk apex yang diiktiraf dunia..


p/s:for those yang nak join,blom terlambat coz prgram ni sampi 25 sept..jadi,ayuh ambil peluang ini untuk sm2 kita selami jiwa saudara2 kita yang kurang bernasib baik..:)


18 Sept 2008

PSP-Kebajikan Terpelihara..:)

Alhamdulillah setelah seharian bermesyuarat bersama exco2 sesi 08/09, banyak perkara telah diclarifykan..Terima kasih buat seluruh exco PSP 08/09 yang begitu bersemangat memberi kerjasama dan komitmen dalam memajukan persatuan ini..

Satu perkara penting suka untuk saya war-war kan buat seluruh warga PSP terutama yang berada di fasa 3.Sebagaiman yang kita sedia maklum,kehidupan sebaik melngkah ke tahun 4 dan 5 berubah hampir secara total jika dibandingkan fasa 1 dan 2 yang lebih kepada 'spoon fed'.
Tahun 4 dan 5 memerlukan kita untuk lebih berdikari..(hm..pandai2 la nk survive.).

Terlalu banyak perkara yang perlu dikuasai dalam masa yang singkat menyebabkan timbul la symptom2 stress,depression dan sebagainya.Disebabkan itu ramai yang mengambil jalan mudah untuk terus keluar dari medical school..Berikutn itu,pihak exco kebajikan PSP mengambil peluang untu berbincang dengan dekan PSP,prof aziz Baba..Hasil perbincagan tersebut,dekan minta untuk diwar-warkan bahawa, pihak akademik PPSP menawarkan cuti dengan kebenaran selama 2 tahun tanpa penalti, namun untuk mendapat kelulusan tersebut,perlu terlebih dahulu mendapat surat perakuan daripada Dr Psychiatric.Keputusan untu terus meninggalkan medical school bukanlah satu-satunya jalan yang ada..Mungkin masa 2 tahun boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tenangkan fikiran,dekatkan kembali diri dengan Yang Maha Penyayang.."sesungguhnya dengan mengingati Allah itu,hati2 akan menjadi tenang.." Namun andai ada yang masih tekad untuk menukar kos,kalian dinasihatkan untuk berbuat demikian sebelum bulan 12 tahun ini.. dan insyaallah pihak PSP dalm usaha mengatur satu program bagi mengatasi stress dikalangan medical students..wallahualam..
Buat sahabat2 4th yr,be strong okies!!

SU1 PSP 08/09
17 Sept 2008

HIKMAH O&G..

anak2 terbiar..huhu..
Pertama kali menjejakkan kaki ke posting O&G,benak pemikiran di ’occupied’ dengan perasaan takut dan risau.takut andai diri tidak mampu memenuhi segala requirement buku log,skill,penguasaan teori dan pelbagai lagi dalam posting major ini..
Risau andai diri tak mampu membahagikan sebaik mungkin masa antara kesibukan jadual akademik (yg kian pack berbanding dua minor posting sebelum ni) dan hidup berpesatuan..
Namun,on-call pertama mengubah persepsi sepenuhnya terhadap posting yang lebih dikenali sebagai ’bidang sakit puan’ ini..Pertama kali menyaksikan malah secara langsung terlibat dalam proses melahirkan, betul2 memberi impak besar dalam diri..
Menyaksikan betapa terseksanya seorang insan bergelar ibu@umi@mak atau mama bertarung nyawa melawan kesakitan yang teraAMAT sangat untuk melahirkan seorang zuriat berjam-jam lamanya.. betul2 menyebabkan air mata ini menitis dalam kegentingan suasana ’labour room’ tersebut.. (hm..disaat ini ingin sekali rasa nak balik rumah..)
Menginsafi kejadian sebagai seorang anak..ingiin sekali diri ini menuruti segala kemahuan ibu utuk membalas jasamu..namun.tanggungjawab yang ada terlampau banyak..bukan hanya tanggungjawab seorng anak,seorang pelajar atau tanggungjawab terhadap diri sendiri,,tanggungjawab sebagai islam itu lebih besar untuk aku tunaikan..namun terkadang diri ini gagal menyeimbangkan segala tanggungjawab yang ada sehngga terabai salah satu tanggungjawab2 tersebut terutama sebagai anak..
Maafkan aku ibu andai tak mampu menjadi anak yang baik,,namun fahamilah,walaupun jarak memisahkan hati ini sentiasa merindui untuk bersamamu, harapan ku hanya satu agar ibu memahami perjuangan dan pengorbanan ini..



29 august 2008


A BEAUTIFUL MIND..


Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak habiskan posting psychiatric(posting pertama di klinikal year) untuk 4 minggu..tapi tak tahulah macam mana result end-posting exam..mg2 semua ‘cemerlang’ bak kata dr maizun(O&G), bukan sekadar cukup2 makan jer..
1st day masuk posting ni cukup memenatkan,takde sesiapa yang datang bagi guide,baik dr ataupun staf jabatan..berbekalkan sedikit perkongsian pengalaman senior2 tersayangJ kami pun pandai2 la bawak diri..kejap pergi klinik,kejap pergi kat bahagian pemulihan kejap pergi wad..dalam kepala juz nak penuhkan requirement buku log..hmm..aku betul2 x Nampak apa matlamat dan arah tuju kami..
Then bila dah masuk minggu ke-2 dan seterusnya,,bila dah nampak matlamat and arah nak dituju,,aku dah mula ‘jatuh cinta’ hehe.. kat psychiatric posting ni..honestly for me,,posting ni sngt menarik.. patient yang ada cukup istimewa bagi aku..they really have a beautiful mind..especially those who have schizophrenia..diagnosis yang x asing dalam dunia psychiatric..mereka hidup dalam dunia mereka sendiri,,terpisah dari keserabutan dan kelam kabut dunia reality..
Hallucination,delusion.and other symptoms.. itulah dunia mereka,dunia yang kita semua x dapat alami..mungkin bagi kita itu sekadar imaginatioon yang diada-adakan mereka sendiri,,tapi tiada siapa oleh sangkal bahawa bagi mereka that is real,benar and betul2 berlaku..
Namun jika dikaji-kaji sejarah insan2 istimewa ini,kebanyakan mereka dilahirkan sebagai seorang yang normal macam kita malah ada yang jauh lebih hebat.,tapi disebabkan masalah hidup yg sarat,keluarga yang porak peranda dan kurangnya kasih saying dan tumpuan…pengakhiran kisah hidup mereka jadi macam tu..
Aku suka letakkan diri aku dalam kondisi pesakit yang aku clerk,,mungkin mata yang memandang tak seberat bahu yang memikul,,tapi bila cuba untuk meyelami hidup mereka betul2 membuatka aku rasa bersyukur dengan apa yg aku miliki hari ini..syukur sangat2,,walau kadang2 kita mengeluh dengan masalah sendiri,tapi rupanya masih ada insan yang diuji lebih berat dari kita..Last but not least,,mereka tetap lebih mulia dari kita,,coz dosa2 mereka tidak lagi dikira..dan semoga dosa2 lepas mereka diampunkanNya..
Tapi bila perasaan syg kat pesakit2 ni baru nak berputik,kami daaah dipisahkan dengn new posting’NEUROSAINS’..ish..ish,,really hope that ada pengajaran berharga bakal aku garap dari posting baru ni, selain nilai akademiknya semata-mata..J
30 july 2008
last day pschytric posting..