Powered By Blogger

Tuesday, November 18, 2008

Ops!! I fall in love!!


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram(kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal." [AlHadith]
Cinta itu fitrah..ia juga satu nikmat Allah..
cuma mungkin bila ia hadir pada masa,ketika,keadaan dan terhadap orang yang tak sesuai..
akan mula menjadi masalah yang sukar diatasi..
sama ada kita tewas melawan nafsu dan terjerumus dalam lembah maksiat..
atau kita bijak mempraktikkan segala ajaran dan panduan yang telah islam gariskan..
kesabaran..kekuatan serta tawakkal itu kunci utama..
Justeru bagi merungkai permasalahn utama dikalangan remaja kini, Persatuan Sains Perubatan dengan kerjasama Pusat Islam menganjurkan;
Siri ceramah permasalahan remaja I..
oleh Ust Ubaidillah penulis buku permasalahn cinta remaja yang tak asing..(Warkah cinta berbau Syurga)
20 hb 2008(khamis) bertempat di masjid murni..bersama meriahkan majlis..
turut diadakan majlis solat hajat utk adik2 1st year yang bakal menghadapi peperiksaan selanjar..
Semoga objektif ke arah amar ma'ruf nahi mungkar tercapai...
20 November 2008

Saturday, November 15, 2008

Forum Nikah Tunai..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Tahniah buat kerajaan negeri kelantan..Forum nikah tunai,acara kemuncak kepada satu prgram yg membicarakan soal2 sekitar perkahwinan dalam islam..siangnya dibentangkan berkaitan pertunangan dan sebagainya dan kemuncaknya dikupas isu mas kahwin atau wang hantaran yang ibarat budaya kini suka meletakkan nilai yang tinggi sehingga menyebabkan bebanan buat pasangan pngantin malah yang lebih teruk menjadi alasan untuk meneruskan hubungan tanpa ikatan kahwin..nauzubillah..

Pada malam ini juga diumumkan berkaitan penubuhan satu unit bagi menguruskan penubuhan baitul muslim peringkat negeri,dikenali baitul sakinah.tahniah sekali lagi buat kerajaan pimpinan ulama' ini,wajar dijadikan contoh buat negeri2 lain..satu usaha yang cukup bagus kearah mengatasi masalah2 sosial remaja..


p/s:kagum dengan ketokohan 2 tokoh muslimat yang hadir malam tu,yb mumtaz dan yb ubai.. contoh pimpinan muslimat yang wajar dijadikan idola...insyaAllah..istiqamah lah wahai diri..
16 November 2008