Powered By Blogger

Thursday, December 18, 2008

Hedonisme dan Konsep Kecemerlangan Insani



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


"Dan hidup di dunia ini hanyalah permainan dan gurau senda, sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orng2 yang bertaqwa.."(Al-An'am:32)

“Hedonisme dan satu konsep kecemerlangan” ..berobjektifkan Menerangkan konsep hiburan yang dibenarkan dalam Islam,
Menyemai maksud sebenar Hedonisme dalam diri dan kesan dan contohnya kepada masyarakatserta Mengutarakan suatu guideline tentang hiburan yang dibenarkan dalam Islam, program ini diharapkan mendapat manfaat yang sepenuhnya kepada seluruh mahasiswa usmkk.Syabas serta tahniah buat adik2 tahun 1 yang diketuai saudara Faizal dan saudari Farlina atas penat lelah menjayakan projek ini..smg segala usaha kalian mendapat balasan dariNya..Satu permulaan yang baik..menampakkan penyatuan serta masa depan kampus yg kian cerah di tangan kalian kelak,insyaallah..

Hedonisme berasal dari perkataan Yunani ‘hedone’ membawa maksud kesenangan.Tabiat manusia kini yang sering inginkan keseronokan, kesenangan, hilai tawa dan sebagainya.Setiap aspek kehidupan perlu diiringi dengan perasaan menceriakan tanpa sedkitpun rasa susah atau payah.Hidup perlu sempurna.Justeru, dunia dijadikan seperti sbuah pentas hiburan, muda mudi mengejar keseronokan hidup, mencari nama untuk glamour, terkinja-kinja diatas pentas tanpa sedkit pun rasa malu, hilang nilai ketimuran apa lagi landasan agama yang jauh tersasar menjadi kebanggaan masyarakat hari ini.Seolah-olah ia bukan satu perkara yang perlu dimalukan apa lagi dibimbangi.
Inilah reality dunia hari ini..realit sebuah Negara ynag sudah menjangkau hampir 52 tahun merdeka..Malaysia..negaraku tercinta..
Rancangan2 realiti tv berkonsepkan hiburan mendapat smbutan hangat ibarat goreng pisang panas, majalah2 juga akhbar yang mengetengahkan bahan2 picisan dan rendah nilai keintelektualisme nya menjadikan budaya hedonisme ini makin menular dlm msyrakat..Kebudayaan dan kesenian dijadikan landasan dalam usaha merosakkan lagi minda muda mudi kini..mempamerkan nilai2 hiburan yang jauh tersasar dari syariat, malah melonjakkan lagi nilai kemaksiatan..

Andai ini berlarutan, tiada guna Malaysia di gelar negara merdeka,merdeka pada zahirnya, namun realitnya minda masyarakat masih kuat dijajah..Seolah2 proses merosakkan generasi masa hadapan sedang berlaku, menunggu masa untuk jatuh sepenuhnya..Makin menyedihkan apabila ia dirosakkan oleh bangsa sendiri yang kabur dengan permainan wang ringgt oleh barat..Sedarlah wahai bangsaku, bangkitlah wahai saudara seagamaku..jauhi dari permainan yang merosakkan n..budaya yang memusnahkan ini..mejatuhkan generasi pewaris tonggak Negara kelak, merencat pembentukan generasi2 minda kelas pertama…

19 Disember 2008, 2.35 am

Wednesday, December 10, 2008

Aidiladha Penuh Makna..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Alhmdulillah berakhir sudah hampir seminggu bercuti..menghabiskan masa seminggu di kampong halamn kali ni penuh bermakna bagi diri ini..seminggu bercuti, namun hanya 2 hari menghabiskan sepenuh masa di rumah, selebihnya di hospital Kuala Terengganu..(hm..memang jodoh dngn hospital kuat..huhu..)

Khamis..hari terakhir kuliah,perasaan excited nak balik bertukar cemas, tiba2 dapat panggilan dari rumah ,tok(nenek) loss of conscious with drooling of saliva and frothy sputum dan dikejarkan ke HKT.., dari usm, aku terus ke HKT..dan bermula saat itu, HKT menjadi rumah pertama..tok di diagnose to have haemorrhagic stroke lead to right hemiparesis with loss of consciousness and respiratory failure type2 . 4 hari di hospital, keadaannya makin teruk, memerlukan bantuan ventilator utk support pernafasan..dengan umur yang dah menjangkau 80-an..memang diakui prognosis nya agak poor..tapi ikhtiar perlu diteruskan,beserta doa yang tak putus dari segenap ahli keluarga ku yang Alhamdulillah menjangkau hampir ratusan terdiri dari beberapa generasi..Alhamdulillah..aku nampak satu hikmah di situ..sebuah penyatuan yang luar biasa apabila insan utama keluarga mendapat keuzuran..moga penyatuan ini berterusan..

Malam raya aidiladha tiba..keadaan tok masih tak berubah,malah nampk worsen..kami sekeluarga seperti biasa berkampung di HKT..konflik bermula apabila salah seorang ahli keluarga menyuarakan pendapat agar tok dibawa pulang..dek kerana tak sampai hati melihat keadaannya yang dipenuhi dengan pelbagai tubes..ryles tube, iv line, ETT, catheter dan macam2..hm..memang tak sampai hati nak tengok dengan mata kasar..baru 4 hari lepas rasa nya dengar gelak tawa tok..tapi sekarang Nampak terdampar x berdaya..setelah berbincang dngn seluruh ahli keluarga, berserta pandangan pakar..kata pakar..”treatment yang diberikan kini memang bukan curative treatment, tapi lebih kepada symptomatic..juz utk keselesaan patient..sama ada di bawa balik atau tidak, the outcome is still same.. Cuma beza nya prolonged the lifetime atau sebaliknya..dan..andai tidak dibawa balik, pihak hospital akan terus berikhtiar selagi terdaya..”
Saat itu, masing2 dalam dilemma..para senior keluarga,makcik2 dan pak cik2 ku lebih bersetuju untuk dibawa balik..kata mereka, andai ditakdirkan tiada lagi harapan, biarlah tok pergi dalam keadaan aman..di rumah nya sendiri..lagi pun Allah dah tetapkan masa tamatnya riwayat seseorang dan ia tak kan lambat mahupun cepat walau sesaat pun..ditambah pula dengan prosedur hospital yang sangat ketat menyukarkan kami sekeluarga utk datang melawat tok, terpaksa menunggu masa melawat yang hanya beberapa jam..jika dibawa balik..maknanya kami bergantung dan bertawakkal sepenuhnya pada kuasa Tuhan..” lain pula pendapat dari muda mudi keluarga, yang rata2 berlatar belakang kan professional termasuk perubatan..mereka lebih setuju utk teruskan treatment di hospital kerana masih ada keyakinan dengan kehebatan sains.., perubatan moden..insyaallah tok masih ada peluang..
Agak lama untuk membuat satu keputusan yang kesannya sangat besar..melibatkan satu nyawa insan tersayang..andai silap membuat keputusan, takut bakal menanggung penyesalan yang tiada sudahnya..akhirnya yang tua perlu dihormati..tok dibawa pulang..disaat takbir raya sayup2 berkumandang..ventilator dicabut..maknanya bantuan pernafasan yang sangt2 menjadi asset penting utk tok bernafas tiada lagi..dan kami cukup berdebar menanti apa aturanNya seterusnya..

Kini, hari kedua tok berada di rumah..menerima ‘fully treatment rohani’, psychological support, berserta sedikit medication yang dibekalkan hospital..alhamdulillah ..tok masih diberi nikmat oksigen dari Yng Maha Mengatur setiap apa yang terjadi...malah terdapat perubahan posotif padanya..Syukur padaMu Ya Alah..

Aku belajar sesuatu..cukup sukar membuat keputusan..antara keyakinan yang sangat kuat terhadap kuasaNya yang maha hebat, juga medical theory yang sekian lama dipasak dalam pemikiran kita..hm.. secara jujur aku kagum dengan keyakinan senior2 dalam keluargaku..mereka cukup yakin pd kuasa Allah s.w.t.. dan hingga kini aku masih x dapat buat keputusan ni..seringkali..segala pathophysiology, complication, dan pelbagai lagi theory2 yang oernah dipelajari menghantui..hm.. Ya Allah aku belindung pada Mu dari segala keraguan dan kelemahan diri..

Dan another 1 day balance berada di HKT, skrg, sedang menemani kakak yang sedang berperng dengn nyawa di labour room, bagi melahirkan seorang lagi umat Muhammad..juga penyambung generasi keluarga kami..Ya Allah sekali lagi ku pinta ..permudahkan..moga segalanya selamat.. mg dengan bertambah seorng lagi umat Muhamad ini bertambah jua kekuatan islam..insyaAllah..

Moga segala apa yang terjadi dalam keluargaku dlm jangka masa ini, bermula diri sndr yang menimpa malang beberapa hari sebelum balik, disambung dengn sepupu yg accident dalam masa yang sm,nenek yg LOC, kakak, juga ujian2 dalam bentuk lain menghujani kami..mg kami temui hikmahnya..ujian kesihatan buat si pesakit, yang sihat moga dapat ambil pengajaran yang menghampirkan kita pada penciptanya..
dan aku kini, sdng mengasah skill2 nursing care di rmh..suction, ryles tube,iv line,urinary catheter,.. hehe..mmg ada hkmahnya.. baru terasa pentingnya kena belajar betul2 kelak ,bila dihujani dngn pelbagai persoalan medical dari ahli keluarga yang lain. ..hehe..


Buat nenekku, Jah bt Mohamad..
ku rindukan nasihatmu..
bebelan mu tika ku tersilap..
titisan air matamu yang sering kali mengiringi langkah ku setiap kali keluar pergi menantut ilmu..
ku doakan..andai sihat yang terbaik buatmu, Ya Allah, kurniakan lah nenekku kesihatan yang baik..bantula dia,,namun andai kematian yang terbaik buatnya, permudahkanlah Ya Allah..masukkn rohnya dalam kalangan hambaMu yang beriman..


11 Desember 2008