Powered By Blogger

Thursday, November 12, 2009

Persoalan Kehidupan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to
Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah
Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " -
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139
)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty)
kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang - orang mu'min, diri, harta mereka dengan membarikan syurga untuk mereka.....
(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB: "Cukuplah bagiku, tidak ada Tuhan selain dai Nya. Hanya kepada Nya aku betaawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum
yg kafir."
(Surah
Yusuf ayat 12
patutla pemimpin agung Rasulullah s.a.w hnya mewariskan umat yg cukup2 dikasihinya Al-Quran dan Sunnah sepeninggalannya menemui Kekasih Abadi..kerana segala persoalan kehidupan,,punya penyelesaian didalamnya..Maha Agung Allah...
~TOWARDS PRODUCING QURANIC GENERATION~

a lot of thanx buat adikku~nur laili kamaruzzaman~ atas perkongsian yg cukup makna ini..(",)

Thursday, October 8, 2009

Ekspo Kampus USMKK 2009


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Pejam celik-pejam celik, alhamdulillah ekspo kampus kembali lagi..antara program terbesar kampus kesihatn..ekspo kampus 2009~ini merupakan ekspo ke 5 yang sempat aku terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidaksepanjang 5 tahun berada disini..dan saban tahun menyaksikan pelbagai perubahan dan pembaharuan di bawa pimpinan2 baru yang memegang tapuk pimpinan ekspo, hari terbuka desa dan kuiz kesihatan..syabas dan tahniah buat golongan yang pernah terlibat, dan selamat maju jaya buat pimpinan terbaru..moga segala berjalan sebagaimana yang dirancang..insyaallah..

Menyediakan pelbagai program2 menarik seperti bicara siswa,pertandingan nasyid, derma darah, dan pelbagai lagi,, diharapkan segala sajian ini mampu memberi manfaat buat seluruh warga kampus khususnya dan seluruh masyarakat sekitar.Buat seluruh warga kerja ekspo kampus 2009, hayati segalaprogram yang dianjurkan, dalami maksud dan objektif yang ingin dilaksanakan dan cari pendekatan terbaik dalam menjayakan program kerana sagala yang bakal berlaku dalam projek besar ini seolah-olah satu terapan yang bakal menentukan bentuk masyarakat kampus yang kalian ingini..segalanya bakal menjadi tradisi yang akan dicontohi generasi mendatang yang akan kita tinggalkan suatu hari nanti..justeru, semoga bukan kita yang memulakan langkah kebatilan, yang mengheret generasi baru ke arah lorong yang kelam...

09 oct 2009
0100am




Friday, September 11, 2009

Kehebatan Lailatul Qadr


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kehebatan Malam Al-Qadr
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadarjuga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

12 September 2009

sumber:www.zaharuddin.net

Wednesday, September 9, 2009

Sistem pedidikan yang didambakan..



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah bersyukur tak terhingga pada Yang Maha Mencipta, diri masih diberi kesempatan menikmati 20 ramadhan tahun ini dalam keadaan kini yang cukup sempurna..tak mampu menjamin kesempatan dan peluang sebegini mampu dikecapi pada ramadhan akan datang...

"Bulan ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeda antara yang benar dan yang batil......" (Al-Baqarah;185)

Ramadhan,bulan mulia di mana Quran diturunkan, mengandungi 1 malam yang bersamaan 1000 bulan,,juga merupakan satu madrasah khas digarap Allah buat hamba2Nya,,punya sistem pendidikan cukup sempurna yang diperlukan seluruh manusia bergelar hamba Allah..Andai di dunia nyata ini kita menghabiskan hampir sebahagian umur kita di sekolah2 mahupun universiti2 atau mana2 pusat pengajian ciptaan manusia dengan tujuan mendidik jiwa dan membentuk diri, namun walau ribuan pusat pengajian dan secanggih mana sistem pendidikan nya diolah, namun ia benar2 langsung tidak dapat menandingi madrasah ramadhan ciptaan Dia yang menciptakan..ia gagal membentuk diri,gagal mendidik jiwa, gagal memenuhi acuan yang kita inginkan..madrasah tarbiyah ramadhan ini punya sistem yang cukup unik, ia benar2 mampu menyentuh jiwa2 manusia untuk kembali kepada fitrah..fitrah yang memrlukan agama, fitrah yang ingikan rasa bertuhan..fitrah untuk menyedari diri cukup hina dan lemah..

Andai 11 bulan yang lain, diri cukup sukar untuk bangun di 1/3 malam walau sedia tahu betapa besar ganjaran dan hikmah qiamullail, namun berada di universiti ramadhan, hampir seluruh manusia baik muda mahupun tua mampu bangkit..dan inilah yang kita manusia perlukan..andai dibulan lain, hati cukup malas membuka risalah Al-Quran apatah lagi bertadarus bersama sahabat,,namun dibulan ramadhan, ia seolah2 satu rutin dan cukup ringan tangan2 ini membuka dan menghayati setiap bait2 ayatnya..mngkin inilah rahmah ramadhan..andai dibulan2 lain, petang2 dihabiskan berdua-duaan menikmati cinta terlarang juga bersandar di kerusi2 malas menikmati pelbagai rancangan melalaikan kononnya merehatkan minda setelah penat belajar,, namun di ramadhan kareem ini, saban petang dihabiskan bersama keluarga mahupun sahabt2 menikmati hidangan bersama,,merapatkan ukhuwah,,memupuk kasih sayang..masyaAllah,,hebatnya didikan Mu Ya Allah kerana memang ini yang kami perlukan..dan andai di 11 bulan lain,, masjid2 mahupun surau hanya dipenuhi 2 saff jemaah,,namun hadirmu ramadhan benar2 memeriahkan rumah Allah ini..bukan hanya menunaikan yang wajib dan 2 rakaat sunat yang andai sebelum ini cukup berat untuk ditunaikan, malah kita mampu menunaikan minimum 8 rakaat solat sunat..MasyaAllah.. sistem pendidikan baru ini benar2 mampu menewaskan nafsu yang dulunya beraja dalam diri kita..
Inilah hikmah ramadhan..sebulan merelakan diri mengikuti sstem tarbiyah dan didikan khusus dariNya cukup membawa erti..inilah tarbiyah cukup sempurna yang manusia dambakan..yang manusia perlukan..yang benar2 meningkatkan rasa taqwa terhadapNya..

"Wahai orang2 yang beriman!diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (Al-Baqarah;183)

Namun,, madrasah ini kelak akan bercuti..cuti yang cukup lama..11 bulan..diri kini mula memikirkan sejauh mana aku mampu memprktikkan segala didikan yang diberikan sebulan ini untuk 11 bulan mendatang sementara menanti madrasah ini dibuka kembali..kerana cabaran bulan2 mndatang cukup kuat..Ya Allah..moga diri diberi kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam segala amalan2 kebaikan ini dan ditetapkan hati dalam iman Mu..

10 September 2009,
juz finished O&G exam..

Memburu Lailatul Qadar


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



QIAMULLAIL PERDANA
memburu Lailatulqadr

Tarikh : 10 -11 September 2009 (Khamis)
Masa : 6.00 ptg - 7.30 pg
Tempat : Masjid Murni USMKK

• Ceramah “Memburu Lailatulqadar” oleh Ustaz Saibon
• Qiamullail dan Kuliah Subuh bersama Ustaz Zawawi Mat Nor
• Buka puasa dan sahur disediakan
• Tayangan video
• Gempur Subuh

Mari bersama - sama menyertainya!!!
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Suratul Qadr, ayat 1-3.

ANJURAN RAKAN MASJID USMKK

Separuh masa kedua piala taqwa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!
September 4th, 2009 | by Abu Saif | 9,123 views | Print Print | Email Email |

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”[al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Wednesday, July 29, 2009

Kelahiran..








Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

27 Julai 2009, berlalu 2 hari lepas..Alhamdulillah, bersyukur tak terhingga, genap 23 tahun dilahirkan di dunia..dibekalkan nikmat iman dan islam yang tidak ternilai hingga kini insyaallah..

Terasa perbezaan..jika dulu, di zaman kanak2,, hati menginginkan sambutan hari kelahiran dengan kek, lilin, hadiah dan sebuah parti yang dipenuhi permainan dan suprise..namun kini menjangkau 20 an perasaan bertukar..
23 tahun sudah diberi peluang hidup didunia, kdg2 terasa sedih, bermakna, dosa sudah bertambah..perjalanan di hadapan terus memendek dan kian mencabar..insyaallah setahun lagi menjejakkan kaki ke alam pekerjaan,, semoga diri ini terus istiqamah..diiktiraf olehNya sebagai pejuang agama.. menjadi profesional muslim yang mengintima'kan diri sepenuhnya untuk kemenangan islam..
Jutaan terima kasih buat sahabat2, adik2 yang sentiasa bersama sepanjang perjalanan hidup ini..buat ibu yang melahirkan, dan mendidik hingga kini..jutaan terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan..buat abah yang sentiasa membimbing dan mencari nafkah buat anakmu ini, moga diri sentiasa dalam hidayahNya..adik beradik yang mewarnai diari hidup ini, mg Allah merahmati hidup kalian..di hari kelahiran ini, hanya doa dari kalian yang amat diharapkan sebagai hadiah...
29 julai 2009

Sekilas 'Segalanya Tentang Wanita'

hmm..nsb baek xde kebakarn mlm tu,,huhu


huhu..berat,, berdikari punya pasal..




penyambut tetamu yg comey2 blake..:p






YB Mumtaz, Dr Hafidzah dan Ust Dzulkhairi..+herfiana yg petah..:)




Syabas dan terima kasih buat semua yg terlibat..mg perjuangan diteruskan dlm menerapakn jati diri siswi berketerapilan pemangkin pembangunan ummah...insyaallah..


29 Julai 2009


















Pemangkin Pembangunan Sebuah Ummah





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi, akhirnya projek terakhir sebelum melepaskan jawatan di AGM 1 Ogos ini berlangsung jua..walaupun terlalu banyak yang masih perlu digilap dan diperbaiki, namun pengalaman dan pengajaran diperolehi sepanjang menjayakan projek ini terlalu bermakna dan tiada ganti..

Saban hari, cabaran dunia kian mencabar..pelbagai isu diperjuangkan pelbagai pihak..baik isu pendidikan, kebajikan rakyat mahupun isu hak-hak wanita..namun dari pemerhatian aku, majoriti perjuangan ini dicetuskan kaum adam..
Dunia realiti, aku memerhatikan terlalu ramai kaum-kaum sejenisku seolah-olah tiada hala tuju jelas..hidup berpeleseran bersama pasangan yang belum tentu memberi jaminan kebahagiaan..di tepi-tepi jalan, di pasaraya dan lain-lain..cukup sedih melihatkan betapa mereka sesat dalam mencari identiti diri..
Sesetengah wanita berpendapat, kronologi kehidupan golongan bergenetik XX ini hanyalah.. belajar, mendapat segulung ijazah..berkahwin..beranak seterusnya mengabdikan diri di rumah menjaga dan membesarkan anak2..segala latihan, tarbiyah dan pengalaman di kampus disia-siakan..
Justeru,tercetusnya idea bagi mengadakan projek yang dikelola sepenuhnya kaum hawa kerana jauh disudut hati tersimpan hasrat melihat siswi hari ini tidak hanya dididik berpuas hati dengan hanya kebolehan asas seorang suri di gerbang rumahtangga, namun aku terlalu ingin melihat wanita hari ini bangkit, menjadi seorang pemimpin, pencetus evolusi, pejuang hak2 kewanitaan..bukan hanya sebagai sayap kiri, tapi pelengkap kepada sebuah kesempurnaan.. Teringin melihat, lahir peniaga wanita sehebat khadijah yang hartanya melebihi saudagar2 muslimin mekah saat itu, sehebat Rabitul Adawiyah yg menjadi tempat rujukan ilmu2 agama bukan hanya dikalangan muslimat tapi jauga muslimin suatu masa dahulu, sekental semangat juang Zainab AlGhazali yang saban hari dirinya disekasa dngn pelbagai bentuk seksaan kerana memperjuangkan gerakan islam,..Lady Diana, Shuki..seorng pejuang reformasi hebat,dan banyak lagi tokoh-tokoh wanita suatu masa dahulu yang mampu mengukir nama dan menjadi sebutan hingga kini akibat kehebatan mereka..namun hari ini, kita ketandusan tokoh-tokoh hawa ini...
Mungkin kini sudah tiba masanya untuk kita semua bangkit kembali, realisasikan ungkapan tangan yang menghayung buaian mampu menggongcang dunia.. wanita..jadilah permata pemangkin pembanggunan ummah..siapkan dirimu menjadi ibu sehebat siti hajar, melahirkan anak sehebat ismail..bakal menjadi pemimpin dunia...
29 Julai 2009

Thursday, July 16, 2009

Segalanya Tentang Wanita



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




"Segalanya Tentang Wanita" , satu program yang 99% dijayakan oleh himpunana tenaga kerja mahasiswi-mahasiswi kampus kesihatan dari pelbagai bidang dan tahun pengajian.Membawa 5 objektif utama iaitu Kearah membentuk jati diri mahasiswi kampus kesihatan ke arah berjiwa besar dan berketerampilan,melahirkan mahasiswi berani, bekaliber dan berkepimpinan,melatih para mahasiwi dalam pelbagai aspek kepakaran terutama komunikasi dan pengurusan, Mendedahkan mahasiswi terhadap cabaran gklobalisasi yang kian mencabar serta persiapan menghadapinya, dan akhir sekali mengajak mahasiswi mengenali seterusnya mencontohi tokoh2 wanita terdahulu dan masa kini yang berjaya melakar nama ke persada dunia.


Program ringkas ini mempunyai dua elemen uatam iaitu di mulakan dengan pameran tokoh2 wanita dari pelbagai agama, bangsa dan aspek kejayaan baik dalam aspek keagamaan, kesihatan, politik mahupun sukan.Pameran berlangsung selama dua hari ini menghimpunan NGO2 serta persatuan2 seperti persatun islam, budhist dan India dalam memperkenalkan tokoh yang boleh sama2 kita contohi dan kenali.Seterusnya, 23 Julai merupakan kemuncak program, forum "Wanita; Permata Pemangkin Pembanggunan Ummah" bakal diolah oleh 3 ahli panel hebat iaitu YB Mumtaz, Dr NorHafidzah dan Saudara Dzulkhairi.Pihak penganjur amat mengharpkan program ini walaupun hanya mengambil masa cukup singkat, bakal memberi impak yang besar dalam diri bukan sahaja mahasiswi malah seluruh kaum wanita, juga mahasiswa kampus..

Sunday, June 14, 2009

Hadiah buat rakyat Terengganu











Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

2 Jun 2009, satu lagi peristiwa yang cukup memalukan seluruh pelusuk negeri Terengganu apabila satu projek yang hampir mencecah 300 juta runtuh dalam sekelip mata. Stadium Sultan Zainal Abidin ,merupakan salah satu projek mega negeri Terengganu di bawah pemerintahan Idris Jusoh selain Projek Pulau Wan Man.Stadium ini mula dibina pada 2006 dan siap sepenuhnya pada 2008.Ia mampu memuatkan hampir 50000 pengunjung.Ia merupakan antara projek yang dibangga2 kan pemimpin UMNO sebelum ini.


Namun cukup menghairankan, projek ratusan juta hanya mampu bertahan tidak sampai setahun.Ini bukanlah kali pertama hal sebegini terjadi, Syiling sebuah sekolah di Wakaf Tapai yang mengalami nasib serupa, juga Isu Bazar Warisan di tengah bandar Kuala Terengganu, sebuah projek ilham Idris Jusoh yang sampai kini tidak boleh digunakan akibat dari pelbagai kerosakan binaan.Bukti2 ini cukup menggambarkan betapa kerakusan manusia dalam mengaut keuntungan wang rakyat...

hm..inikah 'hadiah istimewa' dari pemimpin kami hasil dari keuntungan royalti minyak n.Terengganu??manfaatnya bukan untuk rakyat, namun untuk mereka yang merompak wang rakyat..
14 June 2009
2.58pm

Sunday, May 31, 2009

Liku-liku Hidup di Jalan Dakwah




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, sebelum bermula semester baru di mana aku bakal menjejakkan kaki ke tahun akhir pengajian sebagai pelajar perubatan, kesempatan masa yang agak terluang diisi dengan menghabiskan bacaaan buku-buku sebagai bekalan di sepanjang jalan perjuangan ini..Antara buku yang memberi kesan pada diri adalah 'Hari2 dalam hidupku' dan Return from Guantanamo'.'Hari2 dalam hidupku' mengisahkan peristiwa benar liku2 kehidupan Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili sepanjang penahann beliau dalam penjara tentera di Mesir.beliau merupakan ketua jemaah muslimat kepada Ikhwan Muslimin di Mesir pada zaman pemerintahan kejam Presiden Jamal Abdul Nasser.beliau merupakan seorang aktivis yang sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan apa yang beliau yakini.Sementara buku ' Return from Guantanamo' hasil coretan pengalaman seorang bekas tahanan di penjara Teluk Guatanamo, Adil Kamil yang mendedahkan kebiadaban dan kospirasi tentera yahudi dan Amerika mencabul hak kemanusiaan kaum muslimin di penjara tersebut. Kedua-dua buku ini punya satu persamaan..mengisahkan kehidupan para banduan tahanan akibat mempertahankan kesucian agama yang dianuti..ISLAM..
Mereka dianggap sebagai penjenayah atas kesalahan mempertahankan agama, disebabkan ingin melihat daulah islam tertegak, kerana cinta mereka pada generasi islam akan datang, kerana peranan mereka menjadi penerus pejuang agama, menyambung perjuangan para anbiya'..


Layanan diberikan sepanjang mereka di tahan cukup kejam, pelbagai seksaan yang menyakitkan, mental, fizikal mahupun emosi..tak mampu untuk diceritakan..namun atas keimanan yang teguh pada Yang Maha Pencipta, kekentalan hati yang cintakan agama tanpa berbelah bahagi, mereka sabar atas segala ujian dan seksaan..mereka yakin dengan janji2 Allah dalam surat cintaNya..


"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang pada jalan Allah,lalu mereka membunuh atau terbunuh.(itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allahdalam taurat, injil dan al-Quran.Dan siapakah yang lebih menyakiti janjinya selain dari Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar" (At-Taubah;11)


Benar..pihak kuffar nampak hebat pada zahirnya, dengan kelengkapan senjata dan kecanggihan teknologi yang belum dapat ditandingi umat Islam, namun hakikatnya hati mereka sentiasa gentar dengan semangat juang kaum muslimin.Gerun akan kesatuan kaum muslimin dalam membela agama Islam.Inilah beza ketara antara perjuangan muslimin dan kuffar..Mereka terlalu takut akan kematian..kerana kematian bakal memisahkan mereka dengan keseronokan duniawi yang mereka terlalu dambakan..namun bagi seorang ansorullah, perjuanagan ini menjanjikan sama ada kemenangan di dunia, ataupun syahid yang menjadi impian utama setiap mukmin untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta...




Tertarik dengan kata2 dalam buku Return From Guantanamo..
"Tak ada tempat untuk berputus asa di hati kami para tahanan.Semua yakin dan percaya berapa lama pun kami dipenjara,Allah tidak akan melupakan kami.Akan ada secercah cahaya di akhir terowong gelap ini.Acara harian yang padat dengan zikir juga doa yg tak pernah putus, juga qiamullail saban malam sebagai sumber kekuatan,juga duduk bersama2 shbt2 tahann yg punya 1 akidah sungguh indah, bermanfaat dan mengangkat semangat mentalitas kami"

Menghayati penulisan para pejuang sebenar ini menjadikan diri terasa cukup kerdil..mengaku pejuang agamaNya, namun seringkali lemah bila di uji dengan ujian2 kecil, seringkali lalai dalam mempersiapkan diri dengan ibadah2 padaNya..Moga Allah tetapkan hati ini untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini..wallahuallam..

Nurul Syuhada Johari,
2 Jun 2009

Saturday, May 30, 2009

Walimatul 'Urus

Nurul dan suami
Yatee n Palee

Aarifin n Aini


Akmal n Khai

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

"Perempuan yang keji adalah untuk laki2 yang keji dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik.Mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang.Mereka neroleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"
(An-Nur;26)


"Sesiapa yang berkahwin, maka dia telah sempurnakan separuh dari agamanya, maka bertaqwalah dia pada yang separuh lagi"
(Hadis riwayat Al-Tabrani Fil-Ausath)

Alhamdulillah bermulanya cuti persekolahan, bagi yang sudah memiliki keluarga, kepala pasti ligat memikirkan destinasi percutian yang bakal dikunjungi..namun bagi yang sedang hangat bercinta atau yang sudah memiliki pilihan hati, inilah masa paling sesuai bagi mengakhiri zaman bujang..bertukar status..:) menyempurnakan salah satu tuntutan agama..membina bait al-muslim..Di kesempatan ini, setinggi tahniah buat sahabat2 ku tersayang yang baru dan bakal melangsungkan walimatul urus tak lama lagi..semoga matlamat sebenar perkahwinan dua jiwa anak adam ini tercapai..sebagai penerus dan pemangkin kepada perjuangan dalam agamaNya..


p/s; kian bertambah shbt2 yg dah kahwin, adakah ni petanda diri dah makin tua??huhu..













Monday, May 11, 2009

Tahniah Yb Nizar!!




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
"Katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan alam buana.Engkau memberi kekuasaan kepada siapa yang Engkau suka.Engkau merampas kekuasaan itu dari sesiapa sahaja yang engkau mahu.Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan.Sesungguhnya Engkau berkuasa utk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja...."
Alhamdulillah..sesungguhnya janji tuhan pasti berlaku..yang haq pasti terbela..
tahniah buat YB Dato' Seri Ir Nizar dan seluruh exco kerajaaan Perak..
Pertama kali institusi kehakiman negara membuktikan ia bersih dr sebarang pengaruh..
Hak rakyat akhirnya terbela..
Perak bebas dr 'kerajaan segera' yang penuh dngn taktik dan muslihat politik kotor..
namun, belum masanya utk terus selesa..
pihak lawan dan konco pasti sdg mencari jalan..
mana2 sudut yg lemah..
utk trus mnyerang..
11 Mei 2009; 2043 pm
updated;
2 Jun 2009
Sebagaimana yang dijangka..segalanya permainan politik..
Ternyata demokrasi Malaysia hanya dongengan pemerintah..
Kuasa memilih bukan lagi di tanagn rakyat, namun terletak di tangan seorang hakim yang jelas diragui keadilan dan ketelusannya..
Semoga Allah tunjukkan kebenaran kelak..

Saturday, May 9, 2009

Buat ibu tercinta..













Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Buat ibu tercinta..zainab bt che soh..
tiada lafaz yang mampu ku ucapkan..
melainkan ucapan terima kasih tak terhingga..
atas segala pengorbanan membesarkan kami..
didikan, nasihat, teguran jua doa yang tak pernah lekang..
harapn melihat kami membesar..
menjadi insan yang sentiasa dalam redhaNya..
terima kasih ibu..
terima kasih ibu..
terima kasih ibu..
hanya doa yang mampu ku hadiahkan..
Moga dikau sentiasa dalam rahmatNya..
dalam redhaNya..
Ya Allah..pelihara ibuku..kasihi dia..ampuni dosa2nya..
Happy mother's day buat ibuku..
juga happy birthday yg ke-18 buat adik tersayang,zuliman..
mg dngn bertambh umur, keimanan makin brtambah..
ku doakan smg beroleh kejayaan dunia dan akhirat..:)
10 May 2009;12.31 pagi

Tuesday, April 14, 2009

konsep sebuah ikatan..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?www.iLuvislam.comserunaiklang_91editor : everjihad


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
Sumber : penditamuda.blogspot.com
hm..masih adakah konsep perkahwinan sebegini kini..??

Thursday, April 2, 2009

Sekilas Trial OSCE & ID 3rd yr












Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

21 Mac 2009, Alhamdulillah PSP telah menganjurkan trial OSCE dan ID untuk pelajar2 3rd yr yang bakal menduduki Professional2..Diharap sedikit sebanyak dapat membantu..
Moga Allah berkati usaha kalian seterusnya dipermudahkan jalan untuk menempuh kejayaan kelak..Insyaallah..
"Dan orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami( yang menjadikan mereka gembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah berserta orang2 yang berusaha membaiki amalannya.." (Al-Ankabut 29;69)
Selamat Bermujahadah..