Powered By Blogger

Friday, February 13, 2009

Rakan Masjid


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan itu mencerai beraikan kamu dari JalanNya.Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa."

(Al-An'aam:153)


Alhamdulillah, setelah dilancarkan oleh Pro.Mafauzy pada 7 January 2009, kini Rakan Masjid, satu badan pelajar di bawah naungan pusat islam telah memiliki organisasi yang pemilihan nya dibuat oleh pust islam sendiri..

Semoga penubuhan Rakan Masjid mampu memberi nafas baru bagi menghidupkan lagi usaha dakwah di seluruh kampus dengan penglibatan yang lebih menyeluruh...

Tahniah buat seluruh penggerak yang menjayakan penubuhan dan bakal menggerakkan Rakan Masjid..Semoga segala usaha mendapat berkat dariNya..


Pengerusi:
Muhammad Huzaifah Mohamad Jan (M3)


Timb.Pengerusi 1:
Mohd Hanafi bin Borhanuddin (M3)


Timb. Pengerusi 2:
Mohd Hafiz Mohd Rosli (PPSK)


Timb. Pengarah 3:
Syafiqah bt Mohd Satali (M1)


S/U :
Rafaa' bt Mohamed (M3)


Bendahari :
Mohd Rasul Haji Abain (Dip Nursing)

Unit Tarbiyah dan Kepimpinan :
Muhammad Faisal (M2)
Herfiana Mohd Rapi (M1)

Unit Dakwah dan Perhubungan :
Mohamad Solehin Bakri(M2)
Auji Diyana Mohd Amin(M2)

Unit Pembanggunan Aktiviti :
Mohd Akasah Abd Latif (M1)
Azma Hayati Mahamad Aziz (D1)

Unit Akademik :
Adam Al-Anas Mat Ali (M3)
Jazimah bt Ramli (M3)

Unit Informasi dan Penerbitan :
Azahiri bin Azahidi (ppsk)
Tengku Athirah Laili Tg Abdullah (Dietetik 2)

Unit Ekonomi dan Keusahawanan :
Mohd Ridhuan Che Musa (PPSK1)
Nurul Najihah bt Norazman (M1)
Tahniah buat yang terpilih..
14 Feb 2009
12.07 am

Thursday, February 12, 2009

Program Pertukaran Pelajar USM-UNIMAS

Bersama pelajar2 dari UNIMAS di Majlis Perasmian
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah sabtu lepas, 7 February 2009 berlangsungnya majlis perasmian Program pertukaran pelajar USMKK-UNIMAS anjuran Persatuan Sains Perubatan di bawah exco Sukan dengan kerjasama Exco Perhubungan luar.Program yang di ketuai Munishwara A/L Nadosin(perubatan,2) ini berlangsung bermula 7 Feb hingga 12 Feb ini berobjektifkan untuk mengeratkan lagi kerjasama antara USM dan UNIMAS.Selain bertukar2 dan berkongsi idea ke arah memantapkan sistem pembelajaran kampus masing2.Sepanjang berlagsungnya aktiviti ini, Sejumlah 13 orang Pelajar2 perubatan tahun 2 UNIMAS akan mengikuti sepenuhnya sistem pembelajaran USMKK selain turut diperkenalkan dngan keindahan dan keunikan budaya hidup Kelantan yang agak berbeza dengan budaya di bumi kenyalang..dan 13 Feb 2009, sejumlah pelajar tahun 2 mewakili usm akan berangkat ke sarawak sehingga 2o Feb 2009..


Semoga dengan jauhnya perjalanan akan meluaskan lagi pegalaman dan ilmu yang dapat diambil seterusnya dipraktikkan utk kebaikan semua..

12 February 2009,
2.17 pm

Sunday, February 1, 2009

Satu Perjalanan Dakwah..







Bersama pengarah projek dan timbalannya..tahniah!!



Buah tangan buat penduduk..



Pembahagian hadiah sukanekan untuk kanak-kanak..memang susah nak kawal..huhu..




Perjalanan pulang..semoga ini bukan persinggahan terakhir..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

22 Januari,10.30pm..sejumlah hampir 42 siswa dan siswi dari ketiga-tiga pusat pegajian bertolak ke Bagam Hailam.Alhamdulillah perjalann kami ke sana berjalan lancar.Jam 6.30 pagi 23 Januari, kami singgah solat Subuh di Masjid Sallehudin di Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar.Lebih kurang jam 9pagi kami tiba ke destinasi yang dituju dan disambut oleh Puan Malina, wakil MACMA di sana..seterusnya, bermulalah sebuah pegalaman ang penuh bermakna...

Bagan Hailam..sebuah perkampunga nelayan Cina yang terletak berhampiran pelabuhan Klang.Lokasinya agak jauh ke pendalaman, terpisah dari kesibukan pusat bandar.Populasi penduduknya agak kecil, dan hampir kesemua penduduk merupakan penganut Buddha.Jujurnya, perkampungan ini cukup damai, taburan rumah penduduk yang berdekatan antara satu sama lain dan terletak berdekatan sungai mengingatkan pada cara hidup di kampung..tenang..jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota..

Sepanjang 4 hari misi ini, banyak aktiviti yang dijalankan..Ataranya adalah pemeriksaan kesihatan percuma,pemberian buah tangan sempena tahun baru, pertandingan mewarna, kaligrafi cina, sukaneka,ceramah kesihatan, tayangan video dan pelbagai lagi.Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan malah mengharukan.Walaupun pada awal kehadiran kami di tempat mereka, kami seolah-olah asing di pandangan mata mereka, namun setelah beberpa hari jelas kemesraan yang terjalin antara peserta dan penduduk setempat terutama dari kalangan kanak-kanak.Benarlah sbda Rasulullah.."Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih(fitrah) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi". Tenang sekali melihat wajah-wajah bercahaya kanak-kanak ini.Walau tiada hubungan pertalian darah, namun terasa ada satu pertalian halus bersama mereka...
Alhamdulillah walaupun kurang komunikasi dua hala disebabkan masalah bahasa, namun terlalu banyak perkara yang aku pelajari sepnjang misi dakwah ini..Nyata, masalah perbezaan bahasa dan bangsa bukan penghalang utk perjalanan dakwah itu tetap diteruskan.Terlalu banyak alternatif yang Allah sediakan.
Akhir kata, walaupun perjalanan dan persinggahan ini sekejap cuma, jauh di sudut hati, aku amat mngharapkan harapan dan tujuan sebenar yang kami bawa berpanjangan di hati2 mereka..
Semoga usaha ini berterusan..tahniah buat pihak penganjur..KPN usmkk,PSP,PSG,PSK dan Pusat Islam.
1 Febuari 2009
1539pm