Powered By Blogger

Friday, September 11, 2009

Kehebatan Lailatul Qadr


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kehebatan Malam Al-Qadr
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadarjuga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

12 September 2009

sumber:www.zaharuddin.net

Wednesday, September 9, 2009

Sistem pedidikan yang didambakan..



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah bersyukur tak terhingga pada Yang Maha Mencipta, diri masih diberi kesempatan menikmati 20 ramadhan tahun ini dalam keadaan kini yang cukup sempurna..tak mampu menjamin kesempatan dan peluang sebegini mampu dikecapi pada ramadhan akan datang...

"Bulan ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeda antara yang benar dan yang batil......" (Al-Baqarah;185)

Ramadhan,bulan mulia di mana Quran diturunkan, mengandungi 1 malam yang bersamaan 1000 bulan,,juga merupakan satu madrasah khas digarap Allah buat hamba2Nya,,punya sistem pendidikan cukup sempurna yang diperlukan seluruh manusia bergelar hamba Allah..Andai di dunia nyata ini kita menghabiskan hampir sebahagian umur kita di sekolah2 mahupun universiti2 atau mana2 pusat pengajian ciptaan manusia dengan tujuan mendidik jiwa dan membentuk diri, namun walau ribuan pusat pengajian dan secanggih mana sistem pendidikan nya diolah, namun ia benar2 langsung tidak dapat menandingi madrasah ramadhan ciptaan Dia yang menciptakan..ia gagal membentuk diri,gagal mendidik jiwa, gagal memenuhi acuan yang kita inginkan..madrasah tarbiyah ramadhan ini punya sistem yang cukup unik, ia benar2 mampu menyentuh jiwa2 manusia untuk kembali kepada fitrah..fitrah yang memrlukan agama, fitrah yang ingikan rasa bertuhan..fitrah untuk menyedari diri cukup hina dan lemah..

Andai 11 bulan yang lain, diri cukup sukar untuk bangun di 1/3 malam walau sedia tahu betapa besar ganjaran dan hikmah qiamullail, namun berada di universiti ramadhan, hampir seluruh manusia baik muda mahupun tua mampu bangkit..dan inilah yang kita manusia perlukan..andai dibulan lain, hati cukup malas membuka risalah Al-Quran apatah lagi bertadarus bersama sahabat,,namun dibulan ramadhan, ia seolah2 satu rutin dan cukup ringan tangan2 ini membuka dan menghayati setiap bait2 ayatnya..mngkin inilah rahmah ramadhan..andai dibulan2 lain, petang2 dihabiskan berdua-duaan menikmati cinta terlarang juga bersandar di kerusi2 malas menikmati pelbagai rancangan melalaikan kononnya merehatkan minda setelah penat belajar,, namun di ramadhan kareem ini, saban petang dihabiskan bersama keluarga mahupun sahabt2 menikmati hidangan bersama,,merapatkan ukhuwah,,memupuk kasih sayang..masyaAllah,,hebatnya didikan Mu Ya Allah kerana memang ini yang kami perlukan..dan andai di 11 bulan lain,, masjid2 mahupun surau hanya dipenuhi 2 saff jemaah,,namun hadirmu ramadhan benar2 memeriahkan rumah Allah ini..bukan hanya menunaikan yang wajib dan 2 rakaat sunat yang andai sebelum ini cukup berat untuk ditunaikan, malah kita mampu menunaikan minimum 8 rakaat solat sunat..MasyaAllah.. sistem pendidikan baru ini benar2 mampu menewaskan nafsu yang dulunya beraja dalam diri kita..
Inilah hikmah ramadhan..sebulan merelakan diri mengikuti sstem tarbiyah dan didikan khusus dariNya cukup membawa erti..inilah tarbiyah cukup sempurna yang manusia dambakan..yang manusia perlukan..yang benar2 meningkatkan rasa taqwa terhadapNya..

"Wahai orang2 yang beriman!diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (Al-Baqarah;183)

Namun,, madrasah ini kelak akan bercuti..cuti yang cukup lama..11 bulan..diri kini mula memikirkan sejauh mana aku mampu memprktikkan segala didikan yang diberikan sebulan ini untuk 11 bulan mendatang sementara menanti madrasah ini dibuka kembali..kerana cabaran bulan2 mndatang cukup kuat..Ya Allah..moga diri diberi kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam segala amalan2 kebaikan ini dan ditetapkan hati dalam iman Mu..

10 September 2009,
juz finished O&G exam..

Memburu Lailatul Qadar


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



QIAMULLAIL PERDANA
memburu Lailatulqadr

Tarikh : 10 -11 September 2009 (Khamis)
Masa : 6.00 ptg - 7.30 pg
Tempat : Masjid Murni USMKK

• Ceramah “Memburu Lailatulqadar” oleh Ustaz Saibon
• Qiamullail dan Kuliah Subuh bersama Ustaz Zawawi Mat Nor
• Buka puasa dan sahur disediakan
• Tayangan video
• Gempur Subuh

Mari bersama - sama menyertainya!!!
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Suratul Qadr, ayat 1-3.

ANJURAN RAKAN MASJID USMKK

Separuh masa kedua piala taqwa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!
September 4th, 2009 | by Abu Saif | 9,123 views | Print Print | Email Email |

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”[al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com