Powered By Blogger

Saturday, July 24, 2010

Space


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Just sometimes i need a space for myself
the plan for my future
Free from others
independent
determine
my own decision
but God know what best for me

~syuhada~

Thursday, July 22, 2010

Alam Kerjaya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, 1st posting ku adalah perubatan,2nd posting o&g, seterusnya orthopedik, paediatric, a&e dan lastly surgery..menghampiri speciality yang ku idamkan..namun masih terlalu banyak impianku yang belum tercapai.Teringat kembali cita2 ingin menjadi doktor mula berputik apabila melihat kekejaman israel terhadap palestin.Saat itu mula terdetik difikiran, aku takkan mampu membantu dari segi tenaga ketenteraan, namun pasti aku mampu membantu dari sudut perubatan jika suatu hari nanti aku mampu menjadi seorng doktor. Saat itu sedikit sebanyak minat berputik terhadap bidang ini..dan itu..impianku suatu hari nanti..walau mungkin ianya terlalu jauh kini..

Alhamdulillah dah hampir 2 bulan melangkah ke alam kerjaya.Alam yang dari dulunya cukup aku gerun, kerana kata orang, alam ini penuh ranjaunya. Andai di kampus kita punya teman yang sentiasa saling mengingati, kita ada usrah yang diaturkan untuk polish iman dan fahaman agama, kita punya lesen 'pelajar' untuk buat kesilapan dan kita punya banyak perkara yang meletakkan kita dalam zon selesa..tapi di alam ini segalanya berubah.Yup!! aku perlu banyak berdikari untuk tidak terlalu leka dengan kesibukan ini..perlu mencuri ruang untuk menimba ilmu, mencari masa membaca agar pemikiran ku tidak terlalu ketinggalan dan perlu lebih peka dengan matlamat sebenar ku berada dalam kerjaya ini..

Dua bulan berada dalam posting medical, terlalu banyak nilai2 manusia yang ku pelajari.Ibu tua kesakitan yang ditinggalkan anak2 tanpa rasa tanggungjawab untuk menjaga,anak2 muda yang mengambil jalan mudah mengambil clorox, ubat berpuluh2 biji hanya kerana tension dengan kehidupan,dan sebagainya..sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa nilai sosial masyarakat hari ini masih jauh dengan tuntutan islam yang sebenar.Terlalu biasa berhadapan dengan saat genting dan kematian..alhamdulillah menyedarkanku kematian tak mengenal usia..

Ya Allah, hanya satu yang ku harapkan, agar setiap yang kutemui dan hadapi sepanjang perjalanan alam fana ini tidak lain hanya mendekatkan ku padamU..jangan dilalaikan aku dengan nikmat kesenangan dan keindahan dunia ini..

Friday, July 16, 2010

Kenangan Alam Kampus


family day PSP (year 4)
GROUP 2 year5
sahabat2 seperjuangan( for the 5 years)
perkampungan orang asli kuala Koh( year 4)
Humanitarian programme, Cambodia (year 3)
Debat di USM kampus induk ( year 2)

Pembimbing Minngu Suai Kenal (year 2)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Tanggal 2 Julai 2005,aku mula melangkah kaki ke Universiti Sains Malaysia,kampus kesihatan.Melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan merupakan merupakan harapan kedua orang tuaku, saat itu cita2ku hanya membalas jasa mereka, merealisasikan impian mereka dan buat yang terbaik dalam apa jua yang aku tempuhi..

Detik berlalu..apa jua yang aku temui juga tempuhi di sana merupakan guru tentang kehidupan buatku..aku belajar terlalu dan terlalu banyak disana..mengenal persahabatan, perjuangan, permusuhan juga kasih sayang.Hari-hariku sibuk dengan pelbagai aktiviti untuk agama, kampus, mahasiswa.mengasah skill2 tentang pengurusan dan kepimpian..sedikit sekali masa untuk difikirkan untuk diri sendiri begitu juga masa untuk aku lalai tanpa tujuan.Disini aku bina cita-cita untuk masa depan.Aku merancang untuk masa depan dan aku berdoa untuk masa depan.Membesar di sini penuh dengan objektif dan matlamat.Keadaan dan mereka yang disekelilingku membentuk aku untuk menjadikan aku begitu..

USMKK, 5 tahun bersamamu, dan bersama mereka didalamnya merupakan kenangan indah yang membesar dan mematangkan aku untuk ku teruskan perjalan hidup ini.Terima kasih buatmu dan mereka yang ku kenal ketika bersamamu, kerana mewarnai lukisan hidupku menjadi lebih indah. Moga segala yang ku perolehi disana terutama erti perjuangan dapat ku teruskan walau kini telah berjauhan.Terima kasih buat rakan2, senior2, junior2, guru2 dan semuanya kerana menjadi sebahagian diari hidupku..Tanggal 21 April 2010, aku melangkah keluar bersama tanggungjawab yang kian besar bergelar profesional islam..alhamdulillah..

Sunday, April 11, 2010

Peperiksaan akhir Perubatan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan padaNya..perjalanan 5 tahun sebagai pelajar perubatan tiba ke puncaknya..menduduki peperiksaan tahun akhir sepanjang minggu lepas merupakan detik-detik penuh tekanan dan mendebarkan..Terlalu banyak yang perlu diulangkaji dalam masa 14 hari minggu ulangkaji yang diperuntukkan..Apa pun alhamdulillah berjaya menghabiskan imtihan dunia ini..

Ada sesuatu yang aku cukup suka dengan imtihan dunia..memang tak disangkal sepanjang menghadapinya, hanya Allah yang tahu betapa takut dirasakan..degupan jantung yang sekejap 'asystole, sekejap 'ventricular tachycardia', panic attack yang sepanjang masa, sangat-sangat menakutkan..setiap hari pun telefon mak sebab nak tenangkan hati..air mata tak perlu cakap la, mencurah-curah..hmm..dasyat impak exam dunia pada manusia bergelar pelajar..
tapi, ada kemanisannya..di saat-saat sebegini, pergantungan pada Allah cukup-cukup kuat, terasa diri begitu kerdil dan hina, setiap langkah, tiap detik, hati tak putus-putus berdoa diberi kejayaan buat diri dan sahabat..dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki..hati merasa cukup-cukup tenang, indah benar rasanya rasa kebergantungan begitu..hikmah tawakal..terasa cukup dekat dengan Dia yang maha Penyayang..dan kini, ku rindukan rasa kebergantungan sekuat itu..Kadang-kadang sayang untuk meninggalkan musim exam, sebab takut kehilangan rasa ketuhanan itu..risau akan lalai dengan nikmat..

Insyaallah 15 hb ni keputusan akan diumumkan, rasa risau tak pernah lekang..namun hanya keyakinan bahawa setiap ketetapanNya itu yang terbaik buat diri menjadi pengubat untuk kembali menenangkan hati..
Moga Allah kurniakan kejayaan yang mampu menjadi batu loncatan untuk terus istiqamah malah lebih baik dalam perjuanganNya..mengembalikan zaman kegemilangan cendikiawan Islam..Insyaallah..

Nurul Syahada Johari
12042010/ 0955 am

Saturday, February 27, 2010

Arah Tuju Sebuah Cinta


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

“Pernikahan itu harus ada visi dan misi yang dikongsi bersama,” Kang Abik memulakan bicaranya.Program menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan institusi sekitar negeri Perak

“Al-Quran itu sendiri sudah memaparkan empat jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi,” aktivis juga novelis luar biasa dari tetangga Indonesia itu melanjutkan penerangannya.

Saya sendiri pantas menyambar pena untuk mencatat. Tidak mahu terlepas walaupun sedikit mutiara kata Ustadz Habiburrahman el-Shirazi, tatkala digandingkan bersama saya selaku panelis Forum Baitul Muslim yang diselenggarakan oleh moderator yang juga merupakan sahabat saya, Dr. Raja Ahmad Iskandar, pensyarah di UTP.

NUH DAN LUT

Mereka berdua adalah insan yang soleh. Rasul utusan Allah, ‘alayhim al-solaat wa al-salaam.

Tetapi Allah menguji mereka dengan beristerikan wanita yang durhaka kepada Tuhan. Begitu juga dengan sang anak. Si suami menyeru manusia kepada Iman manakala isteri pula bermati-matian mempertahankan kekufuran. Rumahtangga dan cinta antara mereka musnah oleh visi dan misi yang bertentangan. Satu memanggil ke Syurga dan satu lagi menyeru ke Neraka.

ISTERI FIRAUN

Sama ceritanya dengan isteri Firaun.

Seorang wanita yang beriman, bersuamikan manusia paling kufur kepada Allah. Gila kuasanya, bukan setakat mahu menduduki takhta kepimpinan malah mendakwa diri Tuhan. Cinta dan rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan pada sempadan iman dan kufur. Seorang tabah mempertahankan iman, tatkala seorang lagi sanggup mati pada menjulang kekufuran hingga tenggelam dalam keingkaran.

Kedua-dua rumahtangga ini saling berantakan apabila cita-cita antara suami dan isteri berbeza. Berlainan pada visi dan misi mereka.

ABU LAHAB DAN UMMU JAMIL

Pasangan ini sehati sejiwa. Mereka berdansa seirama pada meraikan kekufuran mereka.

Suami sangat membenci kebenaran dan menolak kenabian. Isteri pula memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada menyokong apa yang diperjuangkan. Mereka sekepala, satu selera, satu cita-cita. Hidupnya hanya terhimpun pada satu erti. Mereka bercinta dalam perjuangan mendaulatkan Jahiliyyah dan kekufuran terhadap Tuhan.

Mereka ‘bahagia’.

Bahagia pada seiring dan sejalannya mereka menuju Neraka.

Nantikan nasib mereka di Sana!

RASULULLAH S.A.W DAN ISTERI

Itulah contoh teladan utama kita. Uswah Hasanah.

Tiada cacatan pada rumahtangga yang berjaya dan cemerlang itu bermula dengan berpacaran atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian. Apa yang ada, adalah Taaruf dan segala titik mula yang Maa’ruf. Apa yang dicatat adalah merealisasikan cinta pada mencintai kebenaran. Dalam kemiskinan, ketika ada harinya dapur rumahtangga itu ketiadaan makanan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda mengecap kebahagiaan.

Benar sekali… rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia, biar sampai ke Syurga.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Monday, February 22, 2010

Zuriat




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah dah masuk 5 hari menghabiskan 'district posting' di klinik kesihatan Besut..Pelbagai ragam pesakit dan pengalaman penuh harga diperolehi disini..setinggi kesyukuran dipanjatkan..
Sepanjang berposting disini, pelbagai kes atau masalah masyarakat ditemui..namun aku tertarik dengan kes2 berkaitan 'infertility' atau lebih dikenali 'masalah kesuburan'
Terfikir..masalah sebegini cukup membimbangkan atau memberi tekanan pada seseorang wanita yang telah berada di alam perkahwinan.." Dr..tlg saya..dah 10 tahun kahwin, tapi masih tak mengandung.." "Dr, dah macam2 cara saya usahakan, tapi tetap tak mengandung.." antara aduan2 yang pernah aku dengar..hmm..cukup kasihan..sukarnya mendapat zuriat..permata yang bakal menyambung perjuangan dan keturunan keluarga..

Berlainan pula suasana bila menyelak akhbar2 hari ini..penuh dengan masalah pembuangan bayi yang kian menjadi..seolah2 zuriat yang dianugerahkan tiada nilainya..terlalu mudah diperolehi..sudah lama negara sepi dari berita2 sebegini, tapi hari ini meriah kembali..pelbagai cara 'kreatif' dan 'menarik' dipraktikkan remaja hari ini sebagai 'ending' 'keseronokan' yang dilalui bersama pasangan..
tiada lagi nilai kemanusiaan, kasih sayang dan keimanan..

Tertarik dengan kata2 Puan Yusnani Abdul Hamid, Pengerusi Raudhatussakinah Selangor..pendekatan yang lebih pragmatik, serius dan holistik harus segera diambil andai sayangkan generasi Y ini..bermula dari individu, keluarga, masyarakat dan pihak pemerintah..usaha ke arah pencegahan dan rawatan perlu dijalankan serentak..
Malaysia..semoga pembanggunan sahsiah masyarakatnya lebih ditekankan seiring dengan pembanggunan infrastrukturnya..




Monday, February 15, 2010

My '14 February'..






Alhamdulillah, punya sedikit kesempatan untuk kembali mencoretkan sesuatu di ruangan yg kian lama ditinggalkan..
14 February 2010, berkesempatan menhadiri forum anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasamaKementerian Pembanggunan Wanita Negeri Kelantan.Forum Bicara Selebriti kali ini mengupas tajuk 'Peranan Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat'.Tajuk yang cukup bagus untuk dibincangkan secara ilmiah bagi saya memandangkan pada hari ini selebriti bukan hanya memainkan peranan sebagai penghibur di layar perak, malah mereka membawa pengaruh yang cukup besar dalam mempengaruhi seterusnya mencorakkan masyarakat terutama muda mudi yang masih mencari identiti diri.Forum ini menampilkan saudara Amin Idris sebagai moderator dan panelis2 hebat, Ustaz Habiburrahman, Wardina Safiyah dan Farah Adeeba.


Ustaz Habiburrahman, tokoh yang saya cukup kagum,mampu membawa islam dipersada hiburan dunia, beliau membuktikan dakwah islam itu tiada sempadannya.Pembacaan AlQuran secara sempurna dan lancar telah dijadikan syarat utama dalam pemilihan barisan pelakon filem blokbuster Ketika Cinta Bertasbih membuktikan keberanian dan keyakinan bahawa agama harus diutamakan dalam apa jua urusan..dan, ISLAM itu agama yang tidak menghalang malah sesuai dalam apa jua keadaan dan zaman.
Wardina dan Farah Adeeba, perkongsian pengalaman pahit manis sepanjang keterlibatan dalam dunia hiburan cukup bermakna.Hiruk pikuk dunia hiburan yang diceburi menyuburkan lagi benih tekad betapa peranan yang harus mereka mainkan dalam memberi kefahaman islam kepada masyarakat sangat besar.

p/s;teringat kembali bagaimana titik permulaan hijrah wardina terjadi apabila dia mula terfikir tujuan sebenar dan arah tuju hidupnya untuk 5 tahun akan datang saat itu..hmm..i'm start thinking, where am i, and who am i for the next 5 years...
Moga Allah sentiasa tetapkan langkah ini dalam perjuanganNya..