Powered By Blogger

Monday, April 11, 2016

Tips Umrah bersama si kecil


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Tips Umrah bersama Si kecil

Alhamdulillah March 2015 dijemput menjadi tetamu Allah, masa tu saya sedang mngndungkan adam 27w.. Amir plak umur 1year+.. Dah lama sangat hasrat nak ke sana, tapi x berkesempatan, sampaila last year kami tekad jugak nak pergi sebab nanti makin ditangguh makin banyk plk halangan..

Saya buat keputusan untuk bawak jugak amir ke sana, satunya sebab x pernah berpisah lama ngn dia, takut uminya rindu pulak, huhu.. Keduanya memang teringin nak bawak jugak dia jejakkan kaki ke tanah penuh barakah tersebut, dan ketiganya tak nak susahkan mak mertua jaga dia.. Sebab amir ni jenis budak yang kuat nangis,huhu..jadi macam mana pun biarla kita yang susah dari susahkan orang lain ( walaupum sebenarnya mak x kisah pun nak jaga.. ).take it as a challenge, hehe..😌😌

Jadi bermula la proses persediaan dari buat visa/passport, ambil immunization meningococcal, kursus dan sebagainya.. Xde banyak sangat perbezaan dalam proses ni kecuali saya x ambil immunization memandang masa tu tengah pregnant, not advisable for pregnant lady to take that vaccine, sebab mmg ada kajian ubat tu dibuat trhadap tikus yg mngandung dan mnunjukkan x mmberi sebarang adverse effect terhadap fetus dalam kandungnnya..tapi belum ada kajian trhadap pregnant lady, so i won't take the risk.. Untuk itu,perlu sediakan surat doktor yang menyatakan kandungan kita sihat, dan kita tidak divaksinkan atas risiko sendiri..alhamdulillah tiada masalah yang timbul semasa melalui emigrasen di sana.
Untuk injection vaccine amir pula, memandangkan bila ke beberapa buah klinik swasta waktu tu,kebanyakn   vaksin yang ada tidak sesuai untuk kanak2 bawah 2 tahun, jadi kami berikan vaksin keluaran menacra yang sesuai untuk kanak2 bawah 2 tahun. (Memang mintak kawan kami yg kebetulan ad  klinik sendri untuk orderkan untuk amir).

Selesai bab vaksin, persediaan nak naik flight, 12 jam penerbangan bukan waktu yg singkat untuk kanak2, umi dia pun mmg nervous..hehe.. Paling lama pun flight pernah bawak amir dari klia k bandung, tu pun ramai mak cik pak cik dia pergi sekali, so boleh la dia main2 atas flight tu..
So before naik flight, make sure bawak bag sandang utk muatkan brg2 keperluan dia, susu formula yg belum bancuh, thermos air suam( ni x perlu pun xpe..coz biasa boleh mintak jer kat atas flight utk pnerbangan antarabangsa kalau dia tengk kita bawak baby), cookies atau ap2 makanan tambahan untuk dia, pampers dan dua persalinan baju (in case terbocor k apa.. Ni bukan bekalan spnjang pnerbangan sahaja, tapi nnt bila dah sampi airport jeddah sementara nak tunggu luggage, dan perjalanan atas bas sementara nak sampi k hotel madinah) dan last but not least, toys dia atau ap2 brg yg dia blh beraktivit, bwk la sikit so dia x boring spanjang perjalann tu.. Amir meragam jugak sekejap kat atas tu coz dia x selesa lama sangat duduk ..bila abi dia bwk jalan2 kejap atas flight tu    baru ok πŸ˜…πŸ˜…

Alhamdulillah kami selamat tiba di airport jeddah dan meneruskan prjalannke madinah mnaiki bas.Di madinah, saya dan suami duduk bersama, lebih mudah sebab kena gilir2 nk jaga anak, lagipun tak nak ganggu jemaah lain dengan kerenah anak kita.Alhamdulillah xde masalah untuk beribadah di masjid nabawi, hotel pun dekat jer, so mudah jer la nak bawak amir ke sana.Di masjid nabawi, ada dua compartment, satu tempat khas untuk ibu2 yang bawak anak, satu lagi untuk jemaah yg x bwk kanak2.. Mngkin x nak bagi menganggu. Kena pergi awal, so bolehla dapatkan tempat solat yang lebih sesuai, saya selau caro port tepi dinging or tiang sbb mudah nak sediakn space utk amir.. Sama ada dia nak baring minum susu or nak solat skali, sebab amir ni dia xleh tngk org lain ada sejadah, dia nak dia pnya jugak, so mmg akan bawak sejada kecik dia, so bila sy solat dia akn ikut skali ats sejad dia kat sebelah.. Selain sejadah, apa yang selalu saya bawak setiap kali ke masjid ialah pampers, makanan sikit utk dia dan alatan utk dia beraktiviti sama ada toys atau pen+kertas..supaya dia x jalan ke tempat lain dan x mngacau sangt bila nak beribadah..Make sure, space utk ank kt tepi dinding tu jaga betul2, letak la bag atau apa2 brg kita, sebab org arab ni, pantang tengok ada space kosong sikit akan terus datang x kira la muat ke x,   sbb jemaah terlalu ramai.. Tapi satu jer yg saya respect giler kat jemaah arab ni, diorang sangat   sporting dan baik dengan kanak2, diorang memang x kisah kalau budak2 nangis atau bising2 masa kita solat, even kalo anak kita merengek nak susu time kita solat pun diorang akan tolong bagi susu atau bagi coklat.. x macam kat malaysia, kalo budak2 nangis atau bising, lepas habis solat mulala  dapat ' jelingan manja' dari makcik2 saf depan tu, hehe..😜😜
So sepanjang kat sana sekali jer la saya terpaksa berhenti solat sebab tiba2 amir ni dia lari jauh dari saya ikut sorng budak arab ni, then tengah2 solat saya dengar suara dia nangis cari umi, huhu.. Haishh risau jugak, kalaula hilang   Kat tengah2 lautan manusia ni mana nak cari oii..huhu..

Alhamdulillah di Madinah berkesempatan jugak masuk raudhah dua kali walaupun hubby dapat masuk almost everynight!!πŸ˜„πŸ˜„So umi dia nak masuk ke raudhah dan buat lawatan sekitar madinah, its abi' turn to taking care amir, hehe.. Kena gilir2 and banyak timbang rasa la, sebab tu lagi mudah duduk bilik bersama jer..

Hari ke5 kami bertolak ke mekkah, dengan siap berpakaian ihram.. Sampai di mekkah tengah malam dalam pukul 9 lebih x silap.. So naik hotel kejap letak bag, make sure tukar pampers anak and buat susu scukupnya, bwk skali bekal formula milk yg x bancuh sikit dan air suam sebab lama jugak nak selesaikan ibadah umrah nnt..  Saya tawaf gilir2 dengan husband, sebab tak bawak amir tawaf sekali ( dia x sunat lagi, and takut pampers dia x bersih). Lepas dah habis tawaf kami sa'ie sama2, awal2 saie amir enjoy lagi lari2 sendiri, tapi bila dah start ngantuk dan penat dia nak dukung.. So kami gilir2 dukung amir tapi banyak husband yang dukung sebab mak buyung ni pun memang x larat sangat dah nak dukung dia,huhu..memang mencabar saie sambil bawak perut and dukung anak, amir ni pulak jenis x nak dengan orang lain melainkan umi n abi dia, x nak duduk atas stroller atau baby carrier,huhu..  Tapi masa ni la kita betul2 dapat hayati bagaimana siti hajar berlari2 mencari air di tengah panas terik sambil bawak isa dalam kandungan kan.. Kita ni ok la tempat sai'e dah beraircond, xde terik matahari, jalan pun dah tie selesa.. Alhamdulillah.. So sangat advisable bawak stroller kalau anak jenis yang boleh duk diam dalam stroller..sangat2 membantu..😊

Alhamdulillah 4 hari di mekah berjalan lancar.. Cuma 2 hari sebelum bertolak balik amir demam kuat, kat sana  kita boleh beli ubat dan antibiotik direct kat farmasi, x perlu prescription doctor, so kami beli la syrup pcm and antibiotik terus untuk amir(antibiotik dia mahal giler) huhu..augmentin sampi rm80+ sebotol, so beli amoxycillin jer la..hehe

Hari ke10 kami bertolak balik ke malaysia..Alhamdulillah ala kulli hal, syukur yang tak terkata kerana dberi peluang mnjadi tetamuNya..dan amir is doing well,hehe..nenek amir dan makcik dia yg ikut sekali pun banyak membantu. πŸ˜„πŸ˜„..mmg dari malaysia lagi x nak fikir bukan2, doa n kyakinan pada Allah jer supaya dia selamatkan dan permudahkan semua..

Kesimpulannya, sebelum decide untuk bawa anak atau tak, kena research sikit dalam internet and tnya kawan2 yg dah pernah pergi, kena timbal balik baik buruk utk bawak atau x.. Memang ada positif dan negatifnya.Mintak petunjuk dari Allah.. Then decide la ikut nalurinkeibuan😊😊 selebihnya kena yakin yang Dia akan permudahkan segala niat baik kita..jangan fikir bukan2 atau fikir yg negatif..
Semoga akan ada lagi peluang untuk kami ke sana ( tapi nxt time dengn anak2 yg dah besar la πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜… ) insyaallah..
Dalam flight dari klia ke jeddah   
Di airport Jeddah sementara menunggu bas ke madinah



Di Masjid nabawi.. Turn abi jaga amir πŸ˜‰πŸ˜˜

Shopping kurma di ladang kurma, madinah

Nak bertolak ke Mekah, bersiap dengan pakaian ihram

Alhamdulillah..selesai umrah, dalam pukul 2-3 pagi baru selesai, amir dah tidur..

Di masjidil haram.. Dah start demam time ni, tu yg moyok jer..hehe


On the way back, still demam

#umrah
#umrah bersamasikecil