Powered By Blogger

Wednesday, April 1, 2009

Kalian Istimewa..

Group 2 4th year 09/10

Bahasa isyarat tangan menjadi bahasa komunikasi utama





Moga kita berkesempatan untuk bersua lagi..



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

23 March 2009..berkesempatan menghabiskan waktu bersama insan-insan istimewa di Sekolah Pendidikan Khas, Pasir Mas, Kelantan.Sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan dan pendengaran.Alhmadulillah banyak yang dapat dipelajari dari mereka..
Kekurangan yang ditakdirkan pada mereka tak pernah dipinta,juga tak pernah dikesali jauh lagi merungut pada Yang Maha Pencipta.Mereka redha dengan ketetapan Ilahi sejak azali serta bersyukur dengan apa yang dikurniakan..
Walau tak mampu berkomunikasi sebaik kanak-kanak yang lain, namun hal ini tak pernah melunturkan semangat yang kian berkobar dalam diri mereka untuk turut menempa kejayaan dalam masyarakat.Mereka punya cita-cita dan impian tinggi.Ada yang mengimpikan menjadi seorang guru, doktor dan sebagainya..dan mereka bekerja keras ke arah merealisasikan impian tersebut..hm..kagum dengan kalian adik2ku..
Semangatmu..rasa syukurmu..redhamu terhadap ketentuanNya..
Ku doakan kalian sentiasa dalam barakahNya dan kejayaan menjadi milik kalian..












Eye Community Service








Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah walau hanya 3 minggu berada dalam posting oftalmologi (mata), kami berkesempatan mempraktikkan sedikit ilmu yang ada untuk masyarakat. Community E ye Service berjalan sebagaimana yang dirancang pada 9 March 2009 bertempat di TESCO. Alhamulillah sambutan dari pengunjung pasaraya tersebut sangat menggalakkan.Bersempena World Glaucoma Day, screening test untuk glaucoma turut diadakan..
Jutaan terima kasih buat doktor2 oftal yang banyak mendidik dan membimbing, moga Allah berkati sagala urusan kalian..





Friday, February 13, 2009

Rakan Masjid


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan itu mencerai beraikan kamu dari JalanNya.Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa."

(Al-An'aam:153)


Alhamdulillah, setelah dilancarkan oleh Pro.Mafauzy pada 7 January 2009, kini Rakan Masjid, satu badan pelajar di bawah naungan pusat islam telah memiliki organisasi yang pemilihan nya dibuat oleh pust islam sendiri..

Semoga penubuhan Rakan Masjid mampu memberi nafas baru bagi menghidupkan lagi usaha dakwah di seluruh kampus dengan penglibatan yang lebih menyeluruh...

Tahniah buat seluruh penggerak yang menjayakan penubuhan dan bakal menggerakkan Rakan Masjid..Semoga segala usaha mendapat berkat dariNya..


Pengerusi:
Muhammad Huzaifah Mohamad Jan (M3)


Timb.Pengerusi 1:
Mohd Hanafi bin Borhanuddin (M3)


Timb. Pengerusi 2:
Mohd Hafiz Mohd Rosli (PPSK)


Timb. Pengarah 3:
Syafiqah bt Mohd Satali (M1)


S/U :
Rafaa' bt Mohamed (M3)


Bendahari :
Mohd Rasul Haji Abain (Dip Nursing)

Unit Tarbiyah dan Kepimpinan :
Muhammad Faisal (M2)
Herfiana Mohd Rapi (M1)

Unit Dakwah dan Perhubungan :
Mohamad Solehin Bakri(M2)
Auji Diyana Mohd Amin(M2)

Unit Pembanggunan Aktiviti :
Mohd Akasah Abd Latif (M1)
Azma Hayati Mahamad Aziz (D1)

Unit Akademik :
Adam Al-Anas Mat Ali (M3)
Jazimah bt Ramli (M3)

Unit Informasi dan Penerbitan :
Azahiri bin Azahidi (ppsk)
Tengku Athirah Laili Tg Abdullah (Dietetik 2)

Unit Ekonomi dan Keusahawanan :
Mohd Ridhuan Che Musa (PPSK1)
Nurul Najihah bt Norazman (M1)
Tahniah buat yang terpilih..
14 Feb 2009
12.07 am

Thursday, February 12, 2009

Program Pertukaran Pelajar USM-UNIMAS

Bersama pelajar2 dari UNIMAS di Majlis Perasmian
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah sabtu lepas, 7 February 2009 berlangsungnya majlis perasmian Program pertukaran pelajar USMKK-UNIMAS anjuran Persatuan Sains Perubatan di bawah exco Sukan dengan kerjasama Exco Perhubungan luar.Program yang di ketuai Munishwara A/L Nadosin(perubatan,2) ini berlangsung bermula 7 Feb hingga 12 Feb ini berobjektifkan untuk mengeratkan lagi kerjasama antara USM dan UNIMAS.Selain bertukar2 dan berkongsi idea ke arah memantapkan sistem pembelajaran kampus masing2.Sepanjang berlagsungnya aktiviti ini, Sejumlah 13 orang Pelajar2 perubatan tahun 2 UNIMAS akan mengikuti sepenuhnya sistem pembelajaran USMKK selain turut diperkenalkan dngan keindahan dan keunikan budaya hidup Kelantan yang agak berbeza dengan budaya di bumi kenyalang..dan 13 Feb 2009, sejumlah pelajar tahun 2 mewakili usm akan berangkat ke sarawak sehingga 2o Feb 2009..


Semoga dengan jauhnya perjalanan akan meluaskan lagi pegalaman dan ilmu yang dapat diambil seterusnya dipraktikkan utk kebaikan semua..

12 February 2009,
2.17 pm

Sunday, February 1, 2009

Satu Perjalanan Dakwah..







Bersama pengarah projek dan timbalannya..tahniah!!



Buah tangan buat penduduk..



Pembahagian hadiah sukanekan untuk kanak-kanak..memang susah nak kawal..huhu..




Perjalanan pulang..semoga ini bukan persinggahan terakhir..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

22 Januari,10.30pm..sejumlah hampir 42 siswa dan siswi dari ketiga-tiga pusat pegajian bertolak ke Bagam Hailam.Alhamdulillah perjalann kami ke sana berjalan lancar.Jam 6.30 pagi 23 Januari, kami singgah solat Subuh di Masjid Sallehudin di Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar.Lebih kurang jam 9pagi kami tiba ke destinasi yang dituju dan disambut oleh Puan Malina, wakil MACMA di sana..seterusnya, bermulalah sebuah pegalaman ang penuh bermakna...

Bagan Hailam..sebuah perkampunga nelayan Cina yang terletak berhampiran pelabuhan Klang.Lokasinya agak jauh ke pendalaman, terpisah dari kesibukan pusat bandar.Populasi penduduknya agak kecil, dan hampir kesemua penduduk merupakan penganut Buddha.Jujurnya, perkampungan ini cukup damai, taburan rumah penduduk yang berdekatan antara satu sama lain dan terletak berdekatan sungai mengingatkan pada cara hidup di kampung..tenang..jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota..

Sepanjang 4 hari misi ini, banyak aktiviti yang dijalankan..Ataranya adalah pemeriksaan kesihatan percuma,pemberian buah tangan sempena tahun baru, pertandingan mewarna, kaligrafi cina, sukaneka,ceramah kesihatan, tayangan video dan pelbagai lagi.Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan malah mengharukan.Walaupun pada awal kehadiran kami di tempat mereka, kami seolah-olah asing di pandangan mata mereka, namun setelah beberpa hari jelas kemesraan yang terjalin antara peserta dan penduduk setempat terutama dari kalangan kanak-kanak.Benarlah sbda Rasulullah.."Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih(fitrah) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi". Tenang sekali melihat wajah-wajah bercahaya kanak-kanak ini.Walau tiada hubungan pertalian darah, namun terasa ada satu pertalian halus bersama mereka...
Alhamdulillah walaupun kurang komunikasi dua hala disebabkan masalah bahasa, namun terlalu banyak perkara yang aku pelajari sepnjang misi dakwah ini..Nyata, masalah perbezaan bahasa dan bangsa bukan penghalang utk perjalanan dakwah itu tetap diteruskan.Terlalu banyak alternatif yang Allah sediakan.
Akhir kata, walaupun perjalanan dan persinggahan ini sekejap cuma, jauh di sudut hati, aku amat mngharapkan harapan dan tujuan sebenar yang kami bawa berpanjangan di hati2 mereka..
Semoga usaha ini berterusan..tahniah buat pihak penganjur..KPN usmkk,PSP,PSG,PSK dan Pusat Islam.
1 Febuari 2009
1539pm

Thursday, January 29, 2009

Sekilas PRK 08/09



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, sudah agak lama rasanya tak berkesempatan meng'update' blog..akhirnya, masih diberi sedikit kelapangan untuk memastikan usaha dakwah tak berhenti di tengah jalan..istiqamah wahai syuhada..


Tertarik untuk kali ini berbicara soal pilihan raya kampus..walaupun sudah beberapa minggu isu ini berakhir, namun baru kali ini berkesempatan..

Pertamanya kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi jaga tahniah dirakamkan atas kemenangan yang berpihak kepada pro-Mahasiswa di majoriti kampus2 utama tanahair.Semoga kemenangan yang dikecapi mampu dimanfaatkan sebaiknya..Usah dipandang enteng dengan amanah,harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh seluruh mahasiswa yang dambakan satu perubahan kearah mahasiswa yang lebih cemerlang, berkelas pertama..Dari kemenangan ii, betapa dapat kita simpulkan, mahasiswa hari ini kian matang dalam pemilihan kepimpinan yang diharapkan dapat merealisasikan harapan mereka..




Pilihanraya Kampus Kesihatan USM, yang berlansung tanggal 12 Januari lalu, walaupun pelbagai dugaan dan halagan terpakasa dilalui, namun Alhamdulillah segalanya berlangsung sebagaimana yag dirancang, malah banya perkara baru yang dapat sama2 kita pelajari.Tahniah buat Saudara Razi (konstituensi perubatan).Saudara Fadhli (Konstituensi Perubatan),Saudara Wali( k.Kesihatan) dan Saudari Azimah (Kons. Umum) atas kemenangan yang diraih.Semoga kemenangan ini menjadi landasan untuk melatih diri menjadi kepimpinan masyarakat suatu masa nanti..Insyaallah..Selamat berkhidmat..


Buat mantan-mantan MPP 07/08 Saudara Alif Yunus, Saudara Sobri, Saudara Halimi dan Saudari Syazrina, tahniah dan syabas buat kalian atas segala kejayaan dan bakti yang dah dicurahkan buat masyarakat kampus.Semoga segala gelombang yang dicetuskan, walaupun tak tercapai pada zaman kalian, namun pasti ada generasi2 yang menjadi penerus kepada perjuangan kalian..tahniah, semoga segalanya mendapat balasan dariNya yag setimpal...


30 January 2009
2.47am


Thursday, December 18, 2008

Hedonisme dan Konsep Kecemerlangan Insani



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


"Dan hidup di dunia ini hanyalah permainan dan gurau senda, sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orng2 yang bertaqwa.."(Al-An'am:32)

“Hedonisme dan satu konsep kecemerlangan” ..berobjektifkan Menerangkan konsep hiburan yang dibenarkan dalam Islam,
Menyemai maksud sebenar Hedonisme dalam diri dan kesan dan contohnya kepada masyarakatserta Mengutarakan suatu guideline tentang hiburan yang dibenarkan dalam Islam, program ini diharapkan mendapat manfaat yang sepenuhnya kepada seluruh mahasiswa usmkk.Syabas serta tahniah buat adik2 tahun 1 yang diketuai saudara Faizal dan saudari Farlina atas penat lelah menjayakan projek ini..smg segala usaha kalian mendapat balasan dariNya..Satu permulaan yang baik..menampakkan penyatuan serta masa depan kampus yg kian cerah di tangan kalian kelak,insyaallah..

Hedonisme berasal dari perkataan Yunani ‘hedone’ membawa maksud kesenangan.Tabiat manusia kini yang sering inginkan keseronokan, kesenangan, hilai tawa dan sebagainya.Setiap aspek kehidupan perlu diiringi dengan perasaan menceriakan tanpa sedkitpun rasa susah atau payah.Hidup perlu sempurna.Justeru, dunia dijadikan seperti sbuah pentas hiburan, muda mudi mengejar keseronokan hidup, mencari nama untuk glamour, terkinja-kinja diatas pentas tanpa sedkit pun rasa malu, hilang nilai ketimuran apa lagi landasan agama yang jauh tersasar menjadi kebanggaan masyarakat hari ini.Seolah-olah ia bukan satu perkara yang perlu dimalukan apa lagi dibimbangi.
Inilah reality dunia hari ini..realit sebuah Negara ynag sudah menjangkau hampir 52 tahun merdeka..Malaysia..negaraku tercinta..
Rancangan2 realiti tv berkonsepkan hiburan mendapat smbutan hangat ibarat goreng pisang panas, majalah2 juga akhbar yang mengetengahkan bahan2 picisan dan rendah nilai keintelektualisme nya menjadikan budaya hedonisme ini makin menular dlm msyrakat..Kebudayaan dan kesenian dijadikan landasan dalam usaha merosakkan lagi minda muda mudi kini..mempamerkan nilai2 hiburan yang jauh tersasar dari syariat, malah melonjakkan lagi nilai kemaksiatan..

Andai ini berlarutan, tiada guna Malaysia di gelar negara merdeka,merdeka pada zahirnya, namun realitnya minda masyarakat masih kuat dijajah..Seolah2 proses merosakkan generasi masa hadapan sedang berlaku, menunggu masa untuk jatuh sepenuhnya..Makin menyedihkan apabila ia dirosakkan oleh bangsa sendiri yang kabur dengan permainan wang ringgt oleh barat..Sedarlah wahai bangsaku, bangkitlah wahai saudara seagamaku..jauhi dari permainan yang merosakkan n..budaya yang memusnahkan ini..mejatuhkan generasi pewaris tonggak Negara kelak, merencat pembentukan generasi2 minda kelas pertama…

19 Disember 2008, 2.35 am