Powered By Blogger

Saturday, October 29, 2011

Sekalung Tahniah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Mungkin dah agak terlambat untuk mengucapkan sekalung tahniah buat kakak, abang dan adikku yang menerima kalungan ijazah and master baru2 ini.. tiga2 serentak, yang paling gembira pastinya ibuku..:)
dan paling penat of course abah~ sampai MC 2 hari sebab dapat acute gouty arthritis, huhu..
tahniah sekali lagi, moga kejayaan menjadi contoh buat adik2 kita ~ nasuha, iman, syafiq, solehin and aisyah..
dan moga kejayaan menjadi pemangkin untuk terus menyumbang pada agama..

nurulsyuhadajohari 291011


Saturday, October 15, 2011

paediatric posting



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah berjaya mengakiri posting paeditarik (kanak2) untuk 4 bulan, and now entering my 5th out of 6 posting, Emergency and Trauma, more challenging, the posting and my status as 5th poster.Hope for the best from me, insyaallah.
Paeds is the best posting so far, love dealing with the kids so much and gonna miss them very much for sure.
Diberi kepercayaan bertugas di PAEDS ICU memberi peluang untuk aku berhadapan dengan kes2 kritikal kanak2, termasuk beberapa kes brain death yang meletakkan si ibu dan ayah berada dalam dilemma.Beberapa kali jugak air mataku mengalir bila melihat sekujur tubuh kecil dikapankan.. they are too young and small for such a serius illness, tempat mereka seharusnya ditaman2 permainan bersama kawan2 menikmati hidup tanpa sebarang masalah..hurm.. tapi ini aturan Yang Maha Pencipta, munkin ia ujian buat yang dewasa, pengajaran buat yang hidup..bahawa ajal maut takkan pernah mengenal usia..
Disini juga, aku dapat tersenyum kepuasan, melihat wajah yang ketika hadirnya dalam keadaan distress, lethargic, look really ill,malah ada yang sehingga ditahap diisytiharkan tiada lagi harapan,but they recover fast.. pulangnya, mereka kembali aktif, gembira keriangan, manja..mereka tak pandai menipu atau buat2 sakit seperti kebanyakan dewasa.. melihat mereka sihat menghilangkan perasaan penat dan stress kerjaku..;D
Satu kes yang membuat aku benar2 bersyukur dengan diriku sekarang..seorang ibu, 5 anak.. tinggal di pedalaman, rumah mereka tanpa bekalan elektrik ataupun air.Aku mengenali keluarga ini kerana anaknya salah seorng penghuni paeds ICU,anaknya kini berusia 7 bulan. 1st day of life, he was diagnose to have imperforated anus (saluran najisnya tak terbuka), then he undergo a surgery (lubang dibuat dibahagian perutnya sebagai alternatif untuk membuang najis),and at the age of 7 month old, he was diagnose to have trachea stenosis ( saluran pernafasan sempit), again a surgery done (tracheostomy- lubang di buat di bahagian lehernya bagi membolehkan dia dapat bernafas melaluinya), and after several month in ward, then he was discharge. Mother just having time to think about herself, she told me that there is a huge mass at her breast.i take a look and refer her to surgical clinic, really unfortunate thar she was diagnose to have breast carcinoma..pembunuh no1 wanita.. ya Allah selamatkan ibu ini kerana anak itu benar2 memerlukannya.. salah satu kisah dari ribuan kisah yang menyedarkan utk terus bersyukur dengan apa yang aku miliki kini.. ( walau aku selalu mengeluh dengan kerjaku!! huhu..)

* sayang tak sempat nak snap gambar adik2 kat ward untuk dikongsi disini, huhu..

That's all for now, Ya Allah berikan aku petunjuk, pimpin aku agar sentiasa di landasanMu..sesungguhnya aku sedar, kesibukan dunia menjadikanku kian jauh dengnMu..

~nurulsyuhadajohari, 151011~