Saturday, October 29, 2011

Sekalung Tahniah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Mungkin dah agak terlambat untuk mengucapkan sekalung tahniah buat kakak, abang dan adikku yang menerima kalungan ijazah and master baru2 ini.. tiga2 serentak, yang paling gembira pastinya ibuku..:)
dan paling penat of course abah~ sampai MC 2 hari sebab dapat acute gouty arthritis, huhu..
tahniah sekali lagi, moga kejayaan menjadi contoh buat adik2 kita ~ nasuha, iman, syafiq, solehin and aisyah..
dan moga kejayaan menjadi pemangkin untuk terus menyumbang pada agama..

nurulsyuhadajohari 291011


Saturday, October 15, 2011

paediatric posting



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah berjaya mengakiri posting paeditarik (kanak2) untuk 4 bulan, and now entering my 5th out of 6 posting, Emergency and Trauma, more challenging, the posting and my status as 5th poster.Hope for the best from me, insyaallah.
Paeds is the best posting so far, love dealing with the kids so much and gonna miss them very much for sure.
Diberi kepercayaan bertugas di PAEDS ICU memberi peluang untuk aku berhadapan dengan kes2 kritikal kanak2, termasuk beberapa kes brain death yang meletakkan si ibu dan ayah berada dalam dilemma.Beberapa kali jugak air mataku mengalir bila melihat sekujur tubuh kecil dikapankan.. they are too young and small for such a serius illness, tempat mereka seharusnya ditaman2 permainan bersama kawan2 menikmati hidup tanpa sebarang masalah..hurm.. tapi ini aturan Yang Maha Pencipta, munkin ia ujian buat yang dewasa, pengajaran buat yang hidup..bahawa ajal maut takkan pernah mengenal usia..
Disini juga, aku dapat tersenyum kepuasan, melihat wajah yang ketika hadirnya dalam keadaan distress, lethargic, look really ill,malah ada yang sehingga ditahap diisytiharkan tiada lagi harapan,but they recover fast.. pulangnya, mereka kembali aktif, gembira keriangan, manja..mereka tak pandai menipu atau buat2 sakit seperti kebanyakan dewasa.. melihat mereka sihat menghilangkan perasaan penat dan stress kerjaku..;D
Satu kes yang membuat aku benar2 bersyukur dengan diriku sekarang..seorang ibu, 5 anak.. tinggal di pedalaman, rumah mereka tanpa bekalan elektrik ataupun air.Aku mengenali keluarga ini kerana anaknya salah seorng penghuni paeds ICU,anaknya kini berusia 7 bulan. 1st day of life, he was diagnose to have imperforated anus (saluran najisnya tak terbuka), then he undergo a surgery (lubang dibuat dibahagian perutnya sebagai alternatif untuk membuang najis),and at the age of 7 month old, he was diagnose to have trachea stenosis ( saluran pernafasan sempit), again a surgery done (tracheostomy- lubang di buat di bahagian lehernya bagi membolehkan dia dapat bernafas melaluinya), and after several month in ward, then he was discharge. Mother just having time to think about herself, she told me that there is a huge mass at her breast.i take a look and refer her to surgical clinic, really unfortunate thar she was diagnose to have breast carcinoma..pembunuh no1 wanita.. ya Allah selamatkan ibu ini kerana anak itu benar2 memerlukannya.. salah satu kisah dari ribuan kisah yang menyedarkan utk terus bersyukur dengan apa yang aku miliki kini.. ( walau aku selalu mengeluh dengan kerjaku!! huhu..)

* sayang tak sempat nak snap gambar adik2 kat ward untuk dikongsi disini, huhu..

That's all for now, Ya Allah berikan aku petunjuk, pimpin aku agar sentiasa di landasanMu..sesungguhnya aku sedar, kesibukan dunia menjadikanku kian jauh dengnMu..

~nurulsyuhadajohari, 151011~

Monday, March 7, 2011

fighting!!


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

lately asyik mood sedih jer.. fikiran asyk mengelamun fikirkan mslh..
sampai kualiti kerja pun affected..huh, really dont like this condition..
aku rindukan diri aku yang dulu,
penuh semangt and prinsip utk berjaya dlm apa yang aku buat..
ada matlamat sendiri..
haish..tapi aku sekarang malas betul nak fikir benda2 tu..
matlamat ke mana, goal ke mana..
melayang jer fikiran bersama angin lalu..huhu
hari- hari mesti malas pergi kerja..adoi!
syuhada..syuhada..wake up!!
ikhlas dalam kerja okeh!!
fighting!!

~syuhada~

Saturday, March 5, 2011

Opick - Rapuh ( bersama lirik )



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

almost 1 year i'm away from campus life, being a medical doctor in a government hospital..
terlalu banyak yang berubah kini..
hidup, environmemnt, rakan-rakan, daily activity, life style, prinsip hidup..
terkadang lemas dengan cabaran sekeliling..
terkadang lemah dengan goyahnya prinsip..
terkadang sedih dengn lemahnya iman..
but alhamdulillah..
at least aku punya kesedaran..dan ku punya keinginan..
moga terus Allah pimpin ku padaNya..
kerana ku masih dan akan terus perlukan pimpinanMu tuhan..

~syuhada~

HidayahNya milik mu..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

just come back dari 'pondok' yang terletak di sebuah kampung terpencil di terengganu..
sebuah madrasah tempat didikan agama sepenuhnya..
jauh dari kesibukan dan kelalaian dunia..
melawat adik saudara, alhamdulillah..hampir menitis air mata menyaksikn perubahannya..
dari seorang remaja lelaki yang cukup bebas..
membesar di tengah2 bandar raya KL,
kematian ibu di usia yang terlalu muda,
menjadika dia hilang arah dan matlamat hidup..
namun kuasa dan aturan tuhan sentiasa di luar jangkaan..
hidayahNya..pada siapa jua yang diinginkan..
sekali lagi syukur padaMu tuhan..
moga hidayahMu terus bersamanya..
AlFatihah buat ibumu..yg juga ibu saudaraku..arwah Ramlah bt che soh..
pasti kau bangga melihat anakmu disini..

~syuhada~

Saturday, July 24, 2010

Space


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Just sometimes i need a space for myself
the plan for my future
Free from others
independent
determine
my own decision
but God know what best for me

~syuhada~

Thursday, July 22, 2010

Alam Kerjaya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, 1st posting ku adalah perubatan,2nd posting o&g, seterusnya orthopedik, paediatric, a&e dan lastly surgery..menghampiri speciality yang ku idamkan..namun masih terlalu banyak impianku yang belum tercapai.Teringat kembali cita2 ingin menjadi doktor mula berputik apabila melihat kekejaman israel terhadap palestin.Saat itu mula terdetik difikiran, aku takkan mampu membantu dari segi tenaga ketenteraan, namun pasti aku mampu membantu dari sudut perubatan jika suatu hari nanti aku mampu menjadi seorng doktor. Saat itu sedikit sebanyak minat berputik terhadap bidang ini..dan itu..impianku suatu hari nanti..walau mungkin ianya terlalu jauh kini..

Alhamdulillah dah hampir 2 bulan melangkah ke alam kerjaya.Alam yang dari dulunya cukup aku gerun, kerana kata orang, alam ini penuh ranjaunya. Andai di kampus kita punya teman yang sentiasa saling mengingati, kita ada usrah yang diaturkan untuk polish iman dan fahaman agama, kita punya lesen 'pelajar' untuk buat kesilapan dan kita punya banyak perkara yang meletakkan kita dalam zon selesa..tapi di alam ini segalanya berubah.Yup!! aku perlu banyak berdikari untuk tidak terlalu leka dengan kesibukan ini..perlu mencuri ruang untuk menimba ilmu, mencari masa membaca agar pemikiran ku tidak terlalu ketinggalan dan perlu lebih peka dengan matlamat sebenar ku berada dalam kerjaya ini..

Dua bulan berada dalam posting medical, terlalu banyak nilai2 manusia yang ku pelajari.Ibu tua kesakitan yang ditinggalkan anak2 tanpa rasa tanggungjawab untuk menjaga,anak2 muda yang mengambil jalan mudah mengambil clorox, ubat berpuluh2 biji hanya kerana tension dengan kehidupan,dan sebagainya..sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa nilai sosial masyarakat hari ini masih jauh dengan tuntutan islam yang sebenar.Terlalu biasa berhadapan dengan saat genting dan kematian..alhamdulillah menyedarkanku kematian tak mengenal usia..

Ya Allah, hanya satu yang ku harapkan, agar setiap yang kutemui dan hadapi sepanjang perjalanan alam fana ini tidak lain hanya mendekatkan ku padamU..jangan dilalaikan aku dengan nikmat kesenangan dan keindahan dunia ini..