Tuesday, May 13, 2014

Konflik politik Terengganu

13 may 2014

Pergolakan politik di terengganu berlaku apabila secara mengejut menteri besar YB Mat said mengistiharkan meletak jawatan sebagai MB sekaligus mengaku keluar dari UMNO dan berpendirian bebas. Diikuti oleh dua YB lain iaitu dari adun Ajil dan Kuala Berang. 
Krisis berlaku ekoran permintaan dari yb kijal ini untuk dilanjutkan tempohnya sebagai MB selama seminggu bagi memberi laluan majlis perkahwinan anaknya tidak diendahkan olh PM Najib.. 
Pengisytiharan mengejut ini menjadikan bilangan kerusi ADUN UMNO 14, pakatan rakyat 15, bebas 3..
Justeru, ikut logik akalnya dan memng jika diikutkan undang2, sudah terang lagi bersuluh, terengganu sepatutnya jatuh kepada pakatan rakyat..
Unfortunately, betapa pihak umno ini terlalu gemarkan politik kotor, maka wujudlah kenyatan2 sumbang lagi bodoh, " speaker jugak termasuk ADUN UMNO- erk?? bila masa plk speaker dewan tu brtanding dlm PRK??? , ada jgk kenyataan " walaupon mereka parti bebas, tp mereka tetap sokong UMNO - helllooo,, dh namanya bebas, apa halnya pulak nk sokong umno!! dah antar surat rasmi terang2 cakap keluar umno.. haishh~ dan banyk lagi kenyataan2 yang cuba sedaya upaya mnyangkal kenyataan yg terengganu sepatut dan seharusnya diserahkan kepada pihak yg menguasai majoriti DUN.. seandainya UMNO benar2 gentleman, berpolitik secara bersih dan rasional, tidak seharusnya mnjadikan isu ini complicated sebegini.. kenapa ketika isu yg sama berlaku di perak, pihak UMNO tanpa usul periksa dan tanpa memberi peluang kpd pakatan rakyat perak terus merampas negeri itu.. tapi bila berlaku di terengganu, pelbagai alasan dan kenyataan tak logik dikeluarkan.. -denial state~
Till today, 14 may 2014.. masih belum ada kata putus sama ada perlu diserahkan kpd yg memegang majoriti ADUN atau utk pilihanraya semula.. dan kami rakyat sngt5x mngharapkan agar pihak pimpinan PAS/ pakatan rakyat tidak terlalu berlembut atau terus berdiam tanpa menegakkan keadilan yang sepatutnya.. politik KOTOR umno harus dihentikan!! there is no such thing like 'speaker dewan jgk dikira dlm ADUN', walaupon bebas ttp sokong umno, lompat2 katak sekejap masuk sana lps tu masuk sini, etc.. tolong jangn terlalu memperbodohkan mentaliti rakyat..

Thursday, May 8, 2014

Oh my patient!!

khamis; 8 mei 2014

Kebiasaannya hari khamis tak ramai patient, so hari ni la biasa ambil peluang utk buat outdoor activity di klinik.. habis jer aerobic dngan staff, saya decide untuk pergi homevisit rumah patient dngn salah sorang  staffnurse dan JM saya.. lagipon patient ni antara kes berisiko kami.
Rumah dia terletak jauh di pedalaman, tiada jalan tar untuk sampai ke sana.Kira-kira 50km (dngn kereta) dari klinik. Tiada kenderaan utk datang klinik, hanya ada sebuah motorsikal, tu pon husband yang guna utk kerja.Patient ni ada 4 orang anak, yang sulung berumur 11 tahun. Yang sulung dangan yang no2 tinggal dengan nenek sbb mslh kewangn dan masalah transport. At least rumah nenk diorng dekat dngn sekolah, so blh la pergi sekolah jalan kaki. Anak ke3 ada masalah sumbing bibir (cleft lip), initially ada follow up under hospital and planned for operation, tapi parents tak bawak pergi temu janji, again!!! sebab masalah kewangan dan transport!. anak ke4 1 tahun 5 bulan, ada masalah anemia ( kurang darah merah) disebabkan kurang zat besi ( iron deficiency anemia), pernah beberapa kali admit ke hospital disebabkan jangkitan kuman paru2. Ibu pernah dukung ank kecik ni yang tengah demam panas  jalan kaki sejauh 20km ke jalan besar then tumpang mana2 kereta yang lalu untuk pergi ke hospital utk rawatan si anak ni. Regular temujanji anak di klinik memang tak pernah datng la.. sbb mslh transport and duit..dan sebab ni lah sometimes kami di klinik kesihatan ni low treshold nk admit patient wahai doktor2 di hospital, so jngn la easily nk menelefon or tengking2 kut fb bila doktor kk admit patient yg  bagi kamu, " macam ok jer.. demam jer pon, xde la in resp distress pon..." ke hospital, sbb kami tau background pesakit kami, how far n how difficult to them to get the treatment..
mereka tidak mendapat apa2 sumbangan.. dpt sekali masa nak pilihanraya jer, then sumbangan ditarik balik sebab dikatakan dari parti lawn !!!??? ( i was like, what??? diorng ni sngt susah kut!!)

Pergi dengan tujuan utk tengk kesihatan anaknya , dlm masa yg sama nak re-consult regarding contraception, previously patient ni refuse utk contraception sbb husband tak izinkan. Bila mintak husband dtg klinik utk kaunseling doktor, x dpt dtg sbb kerja (argghh!!).. dan sekarang, again wife dah pregnant lagi.. x sempat la sy re-consult regarding contraception.. dan bermulalah routine dia yang berjalan kaki sejauh 50km ke klinik 2minggu- sebulan sekali, with or without the 1 year kid ( kesian anak terpaksa berpanas).. see!!! sape yg tanggung? wife jgk.. husband yang keras2 mmbantah tadi xde plak usaha nk mnghantar ibu n ank ni ke klinik.. She need this contraception, for her and her children.. the socialeconomic status also required her to use this contraception.. tapi akur yg membuta tuli pada suami dan bangkangn dari suami tanpa usul periksa dan soal selidik akhirnya menyebabkan dia preggy lagi.. saya bukan bermaksud kandungan itu satu masalah buat dia, jauh sekali nak menghalangnya dari nak menambah zuriat, cuma biarla waktu yang sesuai.. bila kesihatan dia sendiri dah ok, anak yang kecil betol2 sihat dan at least berumur 2 tahun, masalh social economic mereka improved.. Islam jugak prefer utk dpt umat yg berkualiti, bukan ramai tapi tiada kualiti..betol x? 

3.30pm, time to go back..huhu
as a conclusion, bersyukur bersyukur dan bersyukur atas segala kurniaan Allah setakat ni.. tidak diuji sesukar itu.. bersyukur berada di health side ni, at least blh rawat n kenal pesakit lebih dari penyakitnya..and i can traet more not only the illness.. wallahualam..
jalan nak masuk ke rumah,, jln ni la yg dia terpaksa jln kaki before ke jln bertar smbil dukung ank,, just bygkan dlm cuaca yg panas skrg ni,,

 ni rumah patient..dlm rumah mmg kosong xde perabot lngsung..

dan ini bukanlah patient sy yg plg susah,,there are a lot more yg jauh lagi susah dari ini..

Tuesday, March 18, 2014

Trip to Cameron

Our 2nd trip together.. but this time with our little caliph amir hakimi..:)

Biasanya kalau dtg sini kami spend 2 days 1 night jer, sbb not much to do here, but this time we spend 3 days 2 nights, 2 hari travel day, 1 hari lagi pusing2 area cameron memandangkan dah ada baby, so jadual aktiviti pun kena flexible and  xleh rush, kesian kat baby.. :)

 Amir kat dalam kereta, dah boleh duduk atas sit.. As usual, mmg xleh duduk diam..huhu..


Kat sini kami stay di heritage hotel di tanah rata, cameron.. quiet a nice hotel, dlm tu ad bnyk kemudahan, ad playground utk kids, library, gameroom, garden, laundry sendiri pon ad.. harga pon ak rasa reasonable..makann n layanan pon bagus.. hari pertama sampi, x pergi mana2, rest jer.. mlm tu kami pekena seafood kat steamboat n snack corner kt brinchang ni..best!! banyak n harga brpatutan;)
ok.. 2nd day ialah hari pusing2 cameron!! standard la, klo kat cameron ni mana lg nk pergi kan klo bukan ladang teh, strawberry n bunga!! hihi..;)
Then hari ke 3, last place pergi adlah pasar,, borong strawberry, sayur n bunga sume, ni tmpat plg murah,, never ever shopping kat ladang sbb mahal!!! Nama jer ladang, ingtkan dpt murah tp the truth is beli kat pasar dia lg murah.. Then balik!!!;) actually klo xde baby, sehari pon dah sngt cukup dtg cameron ni.. Tapi sbb ada baby, so jadual prjalann pon kena ikut jadual dia..huhu..nyway thanx a lot hubby!! Dah lama x bercuti, skali skala bercuti n jauh dari kerja sngt menenangkan..ni pon last minute punya plan, sehari sebelum baru decide nk g cameron..huhu..

tribute to Nana

 17 mac 2013..

Disaat negara di gemparkan dengan berita kematian muda mudi seawal 20-an akibat drug n alcohol overdose di asia festival music yg dianjurkan secara legal di sebuah negara islam. Kebanyakan mereka beragama islam..aku dikejutkan dengan kematian salah seorang sahabiah baik, wan syazana wan mansor..

Ya Allah, seakan x percaya sebaik menerima berita kematiannya.. baru berusia 27 tahun, kami berkenalan sewaktu di matrikulasi kuala pilah, negeri sembilan. Beliau antara orang yang memperkenalakn ku dengan usrah dan kehidupan berjemaah. Sepanjang mengebali nana, beliau mmg seorang yang cukup bersemangat, berkaliber dan istiqamah dlm perjuangan. Seorang yang mementingkan ukhuwah, ceria, petah berbicara.. beliau cukup aktif dalam jemaah sehingga selepas mendirikan rumahtangga.. hidupnya sepenuhnya diinfaqkan utk kepentingan jemaah..
Allah terlalu sayangkannya, dijemput di usia 27 tahun, meninggalkan 3 putera dan seorang puteri yang baru berusia kira2 5-6 bulan.Pulang ke rahmatullah bersama kandungan yang masih kecil..

Nana, moga nana berbahagia dan tenang disana.. sudah masanya Allah merehatkan nana.. moga putera puteri zuriat nana mewarisi semangat perjuangan ummi mereka.. moga kami yg masih disini menyambung perjuangan ini.. sayang nana kerana Allah, rindukan senyuman dan gelagat ceria nana..

benarlah, kematian tidak mengenal usia, tempat dan keadaan.. moga kita diberi kesudahan yang baik..
"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku adalah penutupnya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya, dan sebaik-baik hariku adalah hari (saat) berjumpa dengan Engkau."

Monday, March 3, 2014

Bantuan rakyat 1 malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

                                                     

Br1m..what a glamour word nowaday.. Which is introduced by our prime minister Datuk NAjib during the election last year..

Agreed to tun dr mahathir, br1m harus diberhentikan. Maaf cakap, tapi ini benar2 bukan budaya yang sihat. Our government benar2 mengajar rakyat untuk spoonfed, duit yang hanya sejumlah rm650-300, tidak dinafikan iya mmg mmbantu bagi sebahagian rakyat, tapi sampai bila kerajaan nk terus menyuap begini?? Jnngan diberikan ikan, tapi berilah joran, supaya joran boleh diguna dalam jangka masa yang lama utk mendapatkan ikan/ pendapatan..
Kerajaan dibawah pimpinan sekarang dilihat tidak bijak untuk mewujudkan budaya 'tabur' wang sebegini..berlaku banyak pembaziran dan dalam masa yang sama tidak menyelesaikan sebarang masalah kemiskinan rakyat

Jika dilihat dari segi kelayakn pemohon nya pon, jelas seolah tiada pen'detail'an dibuat sebelum program ini dibuat, seolah2 sekadar ingin menabur wang yang 'sangat banyak' yang negara kita ada.. Pendapatan isi rumah rm3k pon boleh sedangkan bagi saya ini bukan golongan yang sangt memerlukan.Malah berduyung2 lagi yang tidak memenuhi syarat mereka- reka cerita bagi memenuhi kelayakn penerimaan.. Soal keberkatan trhadap wang tersebut dah dipandang remeh, dikaburi dngn wang yg di'tabur' pak pemimpin.. wujudlah golongan masyarakat yang 'gila' duit, langsung tidak mengendahkan keberkatan dan kehalalan sumber pndapatan sendiri..

Sangat2 berharap agar kerajaan perhalusi program ini,  spend our money wisely, not just 'tabur' membabi buta semata2 ingin membeli sokongan rakyat.. pembaziran berlaku, masalah kemiskinan tidak mampu diatasi..


.


Our future plan..




Hampir setahun lebih saya dan suami di perantatuan ( besut jer pon..hehe).. But still its not our hometown and not plan to be long here, hehe.. And as we already planned previously, after 1year at district, we will step further insyaallah..

Penantian berakhir buat hubby today, permohonn pertukaran k kota bharu diluluskn and scheduled utk lapor diri di jknk (jabatan kesihatan negeri kelantan) hari ini.. 

Kebiasaannya bila dah setahun di district, after that, kita diberi peluang utk kembali ke our choosen field, so memang tinggi melangit la harapan and angan2 my husband utk berkhidmat di HRPZII di bahagian PAediatric Surgery memandangkan dia dah super duper minat utk further study in that field.Sebelum melapor diri di jknk lagi, dh banyak kali contact head of department peads surgery tu, even dah dimasukkan nama ke beberapa khursus dah pon..dan memang dah planned, after my husband dpt ke HRPZ,  saya akan menyusur utk request ke klinik kesihatan area KB ( what a wonderful and simple dream right? Huhu )

Tapi apakan daya, bila melapor diri di jknk tadi, the above letter yang dia dapat, huhu.. Memang down habis la dia.. N of course yang lagi stress wife dia ni, thinking of PJJ, dengan anak kecil lagi, adush,, how i can i go through that, family both side dua2 jauh..nak menangis pon ada..huhu

Sedih, stress macam mana pon, the decision is already there, bila duduk sama2 dengan husband after jemaah maghrib tadi, muhasabah bersama, then we can conclude that, maybe this is part of obstacle for us untuk menggapai cita2 n impian kami, mungkin juga ini sedikit teguran Allah buat kami yang pada awalnya terlalu yakin dengan prtolongan manusia dan sistem manusia sehingga kami lupa, manusia langsung tak berkuasa, even kita guna kabel besar mana pon, kuasa yang mutlak itu tetap padaNya..sandaran utama tetap pada Dia.. "Kita merancang, ALlah juga merancang, dan sebaik2 perancang adalah Dia.."

Masyaallah, sedikit sangat Allah 'cuit' kami hari ini utk tarik agar kami kembali bergantung padaNYa..ALhamdulillah kerana itu tanda Dia masih sayangkan kami..
Doa dan terus berdoa moga dipermudahkan urusan kami sekeluarga , ditetapkan apa yang terbaik dan dicampakkan rasa syukur dan redha pada hati2 kami..insyaallah..




Tuesday, February 4, 2014

Family

Alhamdulillah.. Amir Hakimi at 7 month old.. :)



And us after 1 year and 6 month of marriage.. :)


Moga sentiasa dalam rahmah dan keberkatanNya..
Berbahagia hingga ke syurga..