Thursday, December 18, 2008

Hedonisme dan Konsep Kecemerlangan Insani



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


"Dan hidup di dunia ini hanyalah permainan dan gurau senda, sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orng2 yang bertaqwa.."(Al-An'am:32)

“Hedonisme dan satu konsep kecemerlangan” ..berobjektifkan Menerangkan konsep hiburan yang dibenarkan dalam Islam,
Menyemai maksud sebenar Hedonisme dalam diri dan kesan dan contohnya kepada masyarakatserta Mengutarakan suatu guideline tentang hiburan yang dibenarkan dalam Islam, program ini diharapkan mendapat manfaat yang sepenuhnya kepada seluruh mahasiswa usmkk.Syabas serta tahniah buat adik2 tahun 1 yang diketuai saudara Faizal dan saudari Farlina atas penat lelah menjayakan projek ini..smg segala usaha kalian mendapat balasan dariNya..Satu permulaan yang baik..menampakkan penyatuan serta masa depan kampus yg kian cerah di tangan kalian kelak,insyaallah..

Hedonisme berasal dari perkataan Yunani ‘hedone’ membawa maksud kesenangan.Tabiat manusia kini yang sering inginkan keseronokan, kesenangan, hilai tawa dan sebagainya.Setiap aspek kehidupan perlu diiringi dengan perasaan menceriakan tanpa sedkitpun rasa susah atau payah.Hidup perlu sempurna.Justeru, dunia dijadikan seperti sbuah pentas hiburan, muda mudi mengejar keseronokan hidup, mencari nama untuk glamour, terkinja-kinja diatas pentas tanpa sedkit pun rasa malu, hilang nilai ketimuran apa lagi landasan agama yang jauh tersasar menjadi kebanggaan masyarakat hari ini.Seolah-olah ia bukan satu perkara yang perlu dimalukan apa lagi dibimbangi.
Inilah reality dunia hari ini..realit sebuah Negara ynag sudah menjangkau hampir 52 tahun merdeka..Malaysia..negaraku tercinta..
Rancangan2 realiti tv berkonsepkan hiburan mendapat smbutan hangat ibarat goreng pisang panas, majalah2 juga akhbar yang mengetengahkan bahan2 picisan dan rendah nilai keintelektualisme nya menjadikan budaya hedonisme ini makin menular dlm msyrakat..Kebudayaan dan kesenian dijadikan landasan dalam usaha merosakkan lagi minda muda mudi kini..mempamerkan nilai2 hiburan yang jauh tersasar dari syariat, malah melonjakkan lagi nilai kemaksiatan..

Andai ini berlarutan, tiada guna Malaysia di gelar negara merdeka,merdeka pada zahirnya, namun realitnya minda masyarakat masih kuat dijajah..Seolah2 proses merosakkan generasi masa hadapan sedang berlaku, menunggu masa untuk jatuh sepenuhnya..Makin menyedihkan apabila ia dirosakkan oleh bangsa sendiri yang kabur dengan permainan wang ringgt oleh barat..Sedarlah wahai bangsaku, bangkitlah wahai saudara seagamaku..jauhi dari permainan yang merosakkan n..budaya yang memusnahkan ini..mejatuhkan generasi pewaris tonggak Negara kelak, merencat pembentukan generasi2 minda kelas pertama…

19 Disember 2008, 2.35 am
Post a Comment