Powered By Blogger

Sunday, February 1, 2009

Satu Perjalanan Dakwah..







Bersama pengarah projek dan timbalannya..tahniah!!



Buah tangan buat penduduk..



Pembahagian hadiah sukanekan untuk kanak-kanak..memang susah nak kawal..huhu..




Perjalanan pulang..semoga ini bukan persinggahan terakhir..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

22 Januari,10.30pm..sejumlah hampir 42 siswa dan siswi dari ketiga-tiga pusat pegajian bertolak ke Bagam Hailam.Alhamdulillah perjalann kami ke sana berjalan lancar.Jam 6.30 pagi 23 Januari, kami singgah solat Subuh di Masjid Sallehudin di Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar.Lebih kurang jam 9pagi kami tiba ke destinasi yang dituju dan disambut oleh Puan Malina, wakil MACMA di sana..seterusnya, bermulalah sebuah pegalaman ang penuh bermakna...

Bagan Hailam..sebuah perkampunga nelayan Cina yang terletak berhampiran pelabuhan Klang.Lokasinya agak jauh ke pendalaman, terpisah dari kesibukan pusat bandar.Populasi penduduknya agak kecil, dan hampir kesemua penduduk merupakan penganut Buddha.Jujurnya, perkampungan ini cukup damai, taburan rumah penduduk yang berdekatan antara satu sama lain dan terletak berdekatan sungai mengingatkan pada cara hidup di kampung..tenang..jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota..

Sepanjang 4 hari misi ini, banyak aktiviti yang dijalankan..Ataranya adalah pemeriksaan kesihatan percuma,pemberian buah tangan sempena tahun baru, pertandingan mewarna, kaligrafi cina, sukaneka,ceramah kesihatan, tayangan video dan pelbagai lagi.Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan malah mengharukan.Walaupun pada awal kehadiran kami di tempat mereka, kami seolah-olah asing di pandangan mata mereka, namun setelah beberpa hari jelas kemesraan yang terjalin antara peserta dan penduduk setempat terutama dari kalangan kanak-kanak.Benarlah sbda Rasulullah.."Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih(fitrah) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi". Tenang sekali melihat wajah-wajah bercahaya kanak-kanak ini.Walau tiada hubungan pertalian darah, namun terasa ada satu pertalian halus bersama mereka...
Alhamdulillah walaupun kurang komunikasi dua hala disebabkan masalah bahasa, namun terlalu banyak perkara yang aku pelajari sepnjang misi dakwah ini..Nyata, masalah perbezaan bahasa dan bangsa bukan penghalang utk perjalanan dakwah itu tetap diteruskan.Terlalu banyak alternatif yang Allah sediakan.
Akhir kata, walaupun perjalanan dan persinggahan ini sekejap cuma, jauh di sudut hati, aku amat mngharapkan harapan dan tujuan sebenar yang kami bawa berpanjangan di hati2 mereka..
Semoga usaha ini berterusan..tahniah buat pihak penganjur..KPN usmkk,PSP,PSG,PSK dan Pusat Islam.
1 Febuari 2009
1539pm

1 comment:

Anonymous said...

Salam..bestnya dapat wat aktiviti cm 2.berkhidmat n berbakti.tahniah..