Powered By Blogger

Tuesday, March 18, 2014

tribute to Nana

 17 mac 2013..

Disaat negara di gemparkan dengan berita kematian muda mudi seawal 20-an akibat drug n alcohol overdose di asia festival music yg dianjurkan secara legal di sebuah negara islam. Kebanyakan mereka beragama islam..aku dikejutkan dengan kematian salah seorang sahabiah baik, wan syazana wan mansor..

Ya Allah, seakan x percaya sebaik menerima berita kematiannya.. baru berusia 27 tahun, kami berkenalan sewaktu di matrikulasi kuala pilah, negeri sembilan. Beliau antara orang yang memperkenalakn ku dengan usrah dan kehidupan berjemaah. Sepanjang mengebali nana, beliau mmg seorang yang cukup bersemangat, berkaliber dan istiqamah dlm perjuangan. Seorang yang mementingkan ukhuwah, ceria, petah berbicara.. beliau cukup aktif dalam jemaah sehingga selepas mendirikan rumahtangga.. hidupnya sepenuhnya diinfaqkan utk kepentingan jemaah..
Allah terlalu sayangkannya, dijemput di usia 27 tahun, meninggalkan 3 putera dan seorang puteri yang baru berusia kira2 5-6 bulan.Pulang ke rahmatullah bersama kandungan yang masih kecil..

Nana, moga nana berbahagia dan tenang disana.. sudah masanya Allah merehatkan nana.. moga putera puteri zuriat nana mewarisi semangat perjuangan ummi mereka.. moga kami yg masih disini menyambung perjuangan ini.. sayang nana kerana Allah, rindukan senyuman dan gelagat ceria nana..

benarlah, kematian tidak mengenal usia, tempat dan keadaan.. moga kita diberi kesudahan yang baik..
"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku adalah penutupnya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya, dan sebaik-baik hariku adalah hari (saat) berjumpa dengan Engkau."

No comments: