Powered By Blogger

Wednesday, September 17, 2008

PSP-Kebajikan Terpelihara..:)

Alhamdulillah setelah seharian bermesyuarat bersama exco2 sesi 08/09, banyak perkara telah diclarifykan..Terima kasih buat seluruh exco PSP 08/09 yang begitu bersemangat memberi kerjasama dan komitmen dalam memajukan persatuan ini..

Satu perkara penting suka untuk saya war-war kan buat seluruh warga PSP terutama yang berada di fasa 3.Sebagaiman yang kita sedia maklum,kehidupan sebaik melngkah ke tahun 4 dan 5 berubah hampir secara total jika dibandingkan fasa 1 dan 2 yang lebih kepada 'spoon fed'.
Tahun 4 dan 5 memerlukan kita untuk lebih berdikari..(hm..pandai2 la nk survive.).

Terlalu banyak perkara yang perlu dikuasai dalam masa yang singkat menyebabkan timbul la symptom2 stress,depression dan sebagainya.Disebabkan itu ramai yang mengambil jalan mudah untuk terus keluar dari medical school..Berikutn itu,pihak exco kebajikan PSP mengambil peluang untu berbincang dengan dekan PSP,prof aziz Baba..Hasil perbincagan tersebut,dekan minta untuk diwar-warkan bahawa, pihak akademik PPSP menawarkan cuti dengan kebenaran selama 2 tahun tanpa penalti, namun untuk mendapat kelulusan tersebut,perlu terlebih dahulu mendapat surat perakuan daripada Dr Psychiatric.Keputusan untu terus meninggalkan medical school bukanlah satu-satunya jalan yang ada..Mungkin masa 2 tahun boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tenangkan fikiran,dekatkan kembali diri dengan Yang Maha Penyayang.."sesungguhnya dengan mengingati Allah itu,hati2 akan menjadi tenang.." Namun andai ada yang masih tekad untuk menukar kos,kalian dinasihatkan untuk berbuat demikian sebelum bulan 12 tahun ini.. dan insyaallah pihak PSP dalm usaha mengatur satu program bagi mengatasi stress dikalangan medical students..wallahualam..
Buat sahabat2 4th yr,be strong okies!!

SU1 PSP 08/09
17 Sept 2008

No comments: