Wednesday, September 17, 2008

Disebalik Prgram Ziarah Pesakit


Bermula 9 September yang lalu,Exco kerohanian PSP telah menganjurkan satu program ziarah pesakit buat julung2 kali melibatkan pelajar2 dengan kerjasama pihak HUSM.Program yang bermula setiap 4.30 petang ini dimulakan dengan memberi peluang kepada pelajar2 perubatan untuk beramah mesra dan memberikan sedikit buah tangan buat pesakit2.Seterusnya diakhiri dengan solat asar berjemaah bersama pesakit2 di wad yang dilawati..


Program seumpama ini dilihat satu titik tolak yang mampu melahirkan graduasi USM yang berjiwa masyarakat juga berjiwa seorang da'ie.Namun amat menyedihkan sambutan yang diberikan rata2 hanya dari kalangan tahun 1 dan 2.Mungkin kurang dari segi promosi,namun ada faktor yang lebih penting menyumbang kepada kurangnya sambutan ini,iaitu kehidupan siswa yg rata2 berorientasikan akademik semata..tidak berminat dengan aktiviti amal andai tiada imbuhan merit..


Mahasiswa harus sedar bahawa kecemerlangan seseorang itu tidak dinilai dengan hanya bilangan A atau jam kredit yg diperolehi,namu apa yang lebih penting adalah sejauh mana golongan ini mampu menyesuaikan diri apabila tercampak dalam dunia realiti masyarakat..USM,sebuah universiti yang diangkat kepada universiti apex harus melahirkan graduan2 yang bukan hanya mampu memjadi seorang doktor perubatan biasa,malah seorng doktor berjiwa besar..Justeru,ayuhlah mahasiswa,proaktifkan diri kalian,ambil peluang ketika di alam kampus untuk melatih diri agar termasuk dalam salah seorang produk apex yang diiktiraf dunia..


p/s:for those yang nak join,blom terlambat coz prgram ni sampi 25 sept..jadi,ayuh ambil peluang ini untuk sm2 kita selami jiwa saudara2 kita yang kurang bernasib baik..:)


18 Sept 2008

Post a Comment