Powered By Blogger

Wednesday, September 17, 2008

HIKMAH O&G..

anak2 terbiar..huhu..
Pertama kali menjejakkan kaki ke posting O&G,benak pemikiran di ’occupied’ dengan perasaan takut dan risau.takut andai diri tidak mampu memenuhi segala requirement buku log,skill,penguasaan teori dan pelbagai lagi dalam posting major ini..
Risau andai diri tak mampu membahagikan sebaik mungkin masa antara kesibukan jadual akademik (yg kian pack berbanding dua minor posting sebelum ni) dan hidup berpesatuan..
Namun,on-call pertama mengubah persepsi sepenuhnya terhadap posting yang lebih dikenali sebagai ’bidang sakit puan’ ini..Pertama kali menyaksikan malah secara langsung terlibat dalam proses melahirkan, betul2 memberi impak besar dalam diri..
Menyaksikan betapa terseksanya seorang insan bergelar ibu@umi@mak atau mama bertarung nyawa melawan kesakitan yang teraAMAT sangat untuk melahirkan seorang zuriat berjam-jam lamanya.. betul2 menyebabkan air mata ini menitis dalam kegentingan suasana ’labour room’ tersebut.. (hm..disaat ini ingin sekali rasa nak balik rumah..)
Menginsafi kejadian sebagai seorang anak..ingiin sekali diri ini menuruti segala kemahuan ibu utuk membalas jasamu..namun.tanggungjawab yang ada terlampau banyak..bukan hanya tanggungjawab seorng anak,seorang pelajar atau tanggungjawab terhadap diri sendiri,,tanggungjawab sebagai islam itu lebih besar untuk aku tunaikan..namun terkadang diri ini gagal menyeimbangkan segala tanggungjawab yang ada sehngga terabai salah satu tanggungjawab2 tersebut terutama sebagai anak..
Maafkan aku ibu andai tak mampu menjadi anak yang baik,,namun fahamilah,walaupun jarak memisahkan hati ini sentiasa merindui untuk bersamamu, harapan ku hanya satu agar ibu memahami perjuangan dan pengorbanan ini..



29 august 2008


No comments: